-->

‘Ramai juga doa orang di sana yang dah makbul, untuk tengok saya keluar’ – Aishah kesal diberi markah 43.75% sehingga tersingkir daripada ASGV

Minggu keempat All Stars Gegar Vaganza (ASGV) menyaksikan penyanyi Datuk Aisyah tersingkir selepas mendapat markah terendah, 43.75 peratus.

Ketika diberi ruang untuk mengucapkan ucapan terakhir, beliau berkata, “Saya rasa, ramai juga doa orang di sana yang dah makbul, untuk tengok saya keluar (tersingkir).

“Anyway, terima kasih kepada para peminat. Saya agak gembira sebab esok saya dapat tidur. Terima kasih semua,” katanya.

Ketika ditemu bual mStar, Aishah mengakui kecewa apabila dia diumumkan sebagai peserta tercorot sehingga menyebabkan dia tersingkir dari ASGV.

Aishah turut mempertikaikan penilaian yang diberi oleh juri juga teruk sehingga diberi markah 43.75 peratus. Sedangkan Aishah merasakan persembahannya okay dan tiada sebarang kesalahan yang dilakukan.

“Saya secara jujur tidak tahu, kenapa saya dinilai dengan teruk. 43.75 peratus itu gagal tau.

“Saya rasa saya buat okay, saya tidak buat sebarang masalah,” katanya.

Bagaimanapun Aishah tidak menolak penyingkirannya itu disebabkan dia terlalu lantang bersuara mengenai perkara yang betul.

Di media sosial, netizen mengkritik ucapan Aishah yang dikatakan tidak wajar diucapkan di pentas ASGV malam tadi. Kata mereka, Aishah yang sudah lama berkecimpung dalam bidang nyanyian sepatutnya mempamerkan sikap profesional, bukannya membuat muka di atas pentas.

“Tak profesional langsung. Sebagai penyanyi berpengalaman, tidak seharusnya bagi ucapan sebegitu. Seolah-olah menyalahkan orang ramai sebab dia terkeluar daripada pertandingan,” kata netizen.

Sumber: Harian Metro, mStar Online, Kosmo! Online

The post ‘Ramai juga doa orang di sana yang dah makbul, untuk tengok saya keluar’ – Aishah kesal diberi markah 43.75% sehingga tersingkir daripada ASGV appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar