-->

Budak 2 tahun maut dipercayai didera teman lelaki, terdapat kesan lebam, melecur di badan & kecederaan di lubang dubur

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia ketika di bawah jagaan anak jirannya.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff berkata, pihaknya menerima laporan daripada Klinik Kesihatan Bagan Seri mengenai kejadian itu.

Bertindak di atas laporan, polis telah menahan pasangan suami isteri berusia 62 dan 57 tahun serta anak mereka berusia 26 tahun.

Temui kesan lebam, lecur di badan & kecederaan di lubang dubur

Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan menghantar mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri ke klinik tersebut pada jam 6 petang kelmarin.

Mangsa adalah anak jiran pasangan berkenaan, yang telah diambil oleh anak lelakinya sejak Selasa lalu untuk bermain. Saspek sebelum ini pernah berkahwin, namun telah berpisah dan kini menduda.

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati, mangsa sudah meninggal dunia. Selain itu, turut ditemui kesan lebam dan luka melecur di badan.

Hasil bedah siasat mendapati, mangsa meninggal dunia akibat pendarahan teruk di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul dan luka melecur di seluruh badan akibat benda panas. Malah, terdapat kesan kecederaan pada lubang dubur mangsa.

Ketiga-tiga saspek telah ditahan unuk membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Saspek minta jangan ganggu anak sedang tidur

Sementara itu, ibu mangsa, Siti Hasmiza Azizan, 28, berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi saspek yang juga teman lelakinya, untuk mengambil anaknya ketujuhnya, Ayyash Aulian Muhammad Faizul. Namun, saspek meminta dia tidak mengganggu kerana anaknya sedang tidur.

“Ini kali ketiga anak saya dibawa pulang ke rumahnya untuk diasuh sementara seperti sebelum inni. Rumahnya hanya dua lorong dari kediaman kami.

“Selasa lalu dia datang ambil anak dan bawa pulang. Katanya, biarlah dia menjaga Ayyash Aulian.

“Esoknya (Rabu) saya menghubunginya untuk bertanyakan keadaan anak dan dia kata anak suka tinggal di situ dan masih mendengar suara anak.

“Pada Khamis, saya sekali lagi menghubunginya. Tetapi dia marah. Saya meminta untuk mendengar suara anak, namun diberitahu jangan mengganggu kerana anak sedang tidur.

Saspek minta datang ke Klinik Kesihatan segera

“Saya kemudian menghubunginya semula dengan alasan ingin menghantar dan memberi makanan kepada anak. Namun dia memarahi saya.

“Tidak lama selepas itu, saya menerima panggilan darinya yang meminta datang ke Klinik Kesihatan Bagan Serai dengan segera. Sebaik saja tiba, saya mendapati anak sudah diselimutkan dengan kain batik dan kaku tidak bernyawa.

“Saya meletakkan kepercayaan kepadanya dengan harapan anak mendapat kasih sayang seorang ayah. Apa yang dilakukannya amat menghancurkan jiwa, saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila,” katanya.

Tambahnya, dia mengenali dan menjalinkan hubungan dengan saspek sejak beberapa tahun lalu. Namun tidak menyangka anak ketujuhnya daripada hasil perkahwinan dengan suami ketiga, maut di tangan saspek.

Siti Hasmiza berharap saspek dikenakan hukuman berat, setimpal dengan apa yang dilakukannya terhadap Ayyash Aulian.

Sumber: Harian Metro

The post Budak 2 tahun maut dipercayai didera teman lelaki, terdapat kesan lebam, melecur di badan & kecederaan di lubang dubur appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar