-->

Guru disihir sampai lumpuh separuh badan & hilang ingatan, gara-gara tegur pelajar tak siapkan kerja sekolah

Seorang guru wanita tidak menyangka dirinya akan menjadi mangsa sihir pihak yang tidak bertanggungjawab, hanya kerana perkara remeh yang berlaku di sekolah.

Dalam perkongsian TikTok Rohfa Perawat AR Syifa mendedahkan, gruu berkenaan telah disihir hanya kerana menegur salah seorang pelajarnya yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Guru disihir kerana tegur pelajar. Ibu pelajar tidak berpuas hati kerana anaknya ditegur oleh mangsa yang tidak menyiapkan kerja sekolah.

“Mangsa disihir sampai lumpuh separuh badan dan hilang ingatan.

“Bukan senang untuk menjadi tenaga pengajar. Silap sikit dimaki, dimarah oleh ibu bapa pelajar dan ada yang sampai disihir. Allahuakbar!” katanya.

Difahamkan, mangsa bukan sahaja lumpuh separuh badan. Malah semangatnya untuk terus mengajar juga hilang. Selain tubuh badannya kerap mengalami kesakitan yang meninggalkan kesan lebam.

Fikirannya juga sentiasa kabur, hilang daya upaya untuk meneruskan tugas sebagai guru, serta kerap mendengar suara bisikan ‘Aku akan seksa kau’.

Keadaan mangsa menjadi semakin teruk di sebelah malam di mana mangsa asyik mengamuk dan meracau. Dan adakalanya mengambil pisau untuk menikam dirinya.

“Selalu nampak kelibat pocong dalam rumah dan selalu ada bau busuk.

“Selepas waktu Asar, badan jadi menggigil dan kesejukan. Badan pun tiba-tiba jadi mengeras macam kena ikat. Sesak nafas dan batuk tak berhenti. Ada masa sampai keluar ketulan darah.

“Dalam perut sakit macam kena hiris dengan pisau dan menegras. Malam memang tak boleh nak tidur,” katanya. – The Reporter

The post Guru disihir sampai lumpuh separuh badan & hilang ingatan, gara-gara tegur pelajar tak siapkan kerja sekolah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar