-->

‘Pembayaran royalti untuk mendapatkan hak guna jenama’ – McDonald’s Malaysia nafi dakwaan bayar royalti untuk tindas rakyat Palestin

Konflik Palestin dan Israel masih belum menemui titik noktah, begitu juga dengan netizen di seluruh dunia yang masih berterusan mengutuk tindakan zionis yang tidak berhati perut melancarkan serangan sehingga menyebabkan ribuan penduduk Palestin maut.

Selain itu, kempen memboikot segala produk yang berkaitan dengan Israel juga giat dilakukan bagi memberi tekanan kepada pemegang jenama berkenaan.

Baca artikel berkaitan:

Walaupun McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya adalah syarikat operasi tempatan dan 100 peratus milik orang Islam, orang ramai masih mempersoalkan royalti yang dibayar kepada pemilik jenama berkenaan.

McDonald’s Malaysia sekali lagi tampil memberi penjelasan adn kali ini melalui infografik bagi memudahkan orang ramai memahaminya dengan lebih mudah.

Siapakah pemilik McDonald’s Malaysia?

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) adalah sebuah syarikat operasi tempatan dan perniagaan yang dimiliki 100 peratus oleh orang Islam sejak ia diambil alih Lionhorn Pte Ltd, sebuah anak syarikat Kumpulan Reza dari Arab Saudi pada tahun 2017.

Adakah McDonald’s Malaysia membuat pembayaran royalti kepada McDonald’s Corporation?

Dalam dunia perniagaan francais, pembayaran royalti adalah semata-mata bertujuan untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan sistem perniagaan McDonald’s.

Ini membolehkan pelanggan mendapat pengalaman yang sama apabila mereka berada di mana-mana restoran McDonald’s di Malaysia atau negara lain.

Adakah pembayaran royalti kepada McDonald’s Corporation digunakan untuk menindas rakyat Palestin?

Tidak. McDonald’s Corporation tidak boleh membiayai atau terlibat di dalam sebarang bentuk keganasan dan penindasan di mana-mana negara sekali pun.

Sebagai sebuah syarikat milik awam yang tersenarai di bursa saham, wang perbelanjaan McDonald’s Corporation adalah tertakluk kepada undang-undang, kod etika perniagaan, sistem tadbir urus dan pengauditan yang sangat ketat dan telus.

Bolehkah McDonald’s Malaysia menjelaskan pendiriannya mengenai konflik Israel – Palestin?

McDonald’s Malaysia tidak terlibat dalam konflik politik atau agama di mana-mana negara. Walaubagaimanapun, McDonald’s Malaysia amat prihatin dan peka dengan krisis kemanusiaan yang akan berlaku setiap kali tercetusnya konflik Palestin – Israel.

Kami telah dan akan terus menyokong usaha Kerajaan Malaysia dalam misi bantuan kemanusiaan di kawasan-kawasan yang terkesan.

Minggu lalu, McDonald’s Malaysia menyumbangan RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin, selaras dengan hasrat murni kerajaan.

Sumber: Twitter McDonald’s Malaysia

The post ‘Pembayaran royalti untuk mendapatkan hak guna jenama’ – McDonald’s Malaysia nafi dakwaan bayar royalti untuk tindas rakyat Palestin appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar