-->

Lelaki kibar bendera Israel di premisnya, miliki 4 rekod jenayah berkaitan dadah – Polis

Polis memaklumkan pihaknya telah melengkap kertas siasatan berhubung kes seorang lelaki mengibarkan bendera Israel di premisnya di Kuala Terengganu minggu lalu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, pihaknya sedang menunggu arahan lanjut daripada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN).

“Kita telah siapkan kertas siasatan dan akan dihantar kepada PPN untuk tindakan serta arahan lanjut.

Siasatan polis juga mendapati, suspek mempunyai empat rekod jenayah berkaitan daadh dan merupakan individu dikehendaki pihak berkuasa.

Minggu lalu, tular gambar bendera Israel dikibarkan di premis suspek. Tindakannya itu mengundang kemarahan orang ramai yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap suspek.

Suspek bagaimanapun memohon maaf di atas perbuatannya dan telah menurunkan bendera tersebut.

Keluarga suspek sebelum ini juga ada memaklumkan suspek mempunyai masalah mental dan rekod jenayah berkaitan narkotik.

Sumber: Berita Harian

The post Lelaki kibar bendera Israel di premisnya, miliki 4 rekod jenayah berkaitan dadah – Polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar