-->

Wanita Rohingya bawa 2 anak perempuan pecah rumah penduduk di Kemaman, berjaya ditahan polis

Seorang wanita Rohingya dan dua anak perempuannya ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kes pecah rumah di sekitar daerah Kemaman, lapor Bernama.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, suspek berusia 33 tahun dan dua anak perempuannya berusia 13 dan 14 tahun itu ditahan pada Isnin lalu di Kampung Binjai.

Penahan tiga suspek terbabit juga membawa kepada penemuan pelbagai barangan seperti perhiasan emas, wang tunai, jam tangan dalam bonet kenderaan mereka, yang dipercayai merupakan hasil kegiatan pecah rumah.

Keputusan ujian air kencing pada suspek berusia 33 tahun itu menunjukkan dia positif dadah jenis methamphetamine. Selain itu, suspek yang sama mempunyai tiga rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis berkait dengan kes pecah rumah di Johor.

Siasatan mendapati, suspek aktif pecah masuk ke rumah mangsanya pada waktu siang ketika pemilik rumah keluar bekerja. Selain itu, mereka turut menyasarkan mangsa warga emas yang tinggal bersendirian.

Suspek juga menggunakan nombor plat kenderaan palsu bagi mengelakkan kegiatan mereka dikesan oleh pihak polis.

Polis percaya, tiga beranak berkenaan adalah anggota sindiket dan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti anggota sindiket yang lain.

Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah. Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 14 tahun, denda atau sebat.

Sumber: Bernama

The post Wanita Rohingya bawa 2 anak perempuan pecah rumah penduduk di Kemaman, berjaya ditahan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar