-->

Pemandu Saga & 2 rakannya ditahan, saspek utama disahkan positif dadah & miliki 2 rekod lampau dadah

Polis telah menahan tiga lelaki warga tempatan yang terbabit dalam kejadian membabitkan seorang penunggang motosikal dipukul di persimpangan lampu isyarat Jalan Langat – Klang, pada 1 Oktober 2023.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, bertindak di atas laporan mangsa yang diterima pada awal pagi semalam, pihaknya telah mengesan dan menahan tiga saspek berusia antara 28 hingga 39 tahun.

“Pihak D7 daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah berjaya menangkap tiga saspek warga tempatan.

“Kesemua saspek mempunyai dua rekod lampau dadah,” katanya.

Ujian saringan air kencing turut mendapati suspek utama berusia 39 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

Kesemua saspek akan direman hari ini dan disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan atas kesalahan dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat.

Kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 1 tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-dua bagi kesalahan mendatangkan kecederaan.

Bagi kesalahan khianat, hukum penjara tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih daripada lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu tular video penunggang motosikal dipukul oleh suspek, pemandu Proton Saga. Mangsa mendakwa saspek tidak berpuas hati kerana dia membunyikan hon terhadap saspek yang memandu secara berbahaya sehingga hampir melanggarnya. – The Reporter

The post Pemandu Saga & 2 rakannya ditahan, saspek utama disahkan positif dadah & miliki 2 rekod lampau dadah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar