-->

‘Jangan sedih-sedih tau’ – Perkongsian terakhir video anak-anak sebelum dilaporkan hilang & gagal dihubungi ketika bercuti di Pulau Perhentian

Seorang suri rumah berusia 29 tahun membuat laporan polis berhubung kehilangan empat ahli keluarganya, termasuk dua anaknya yang masih kecil selepas keluar bercuti di Pulau Perhentian sejak 29 September lalu.

Menurut Siti Nur Aishah Mohd Rafee, 29, ibunya, Suraidah Abdul Ghani, 52, keluar bercuti bersama dengan adiknya, Mohamad Aiman Mohd Rafee, 21, bersama dengan dua anaknya, Sasa Alesha Mohd Saiful, 7, dan Ahmad Dani Mohd Saiful di pulau peranginan yang terletak di Kuala Besut itu selama dua malam.

Pengadu buat laporan polis

“Saya dimaklumkan oleh mak, mereka menginap di Senja Bay Resort sehingga 2 Oktober 2023,” katanya dalam laporan itu.

Namun, cubaan Siti Nur Aishah untuk menghubungi mereka sejak 30 September tidak berjaya dan sehingga ke hari ini masih tidak dapat dihubungi.

Sementara itu suami pengadu yang dikenali sebagai Ah Pek memaklumkan, kali terakhir mereka berhubung adalah pada 29 September.

“Mak mertua, adik lelaki termasuk dua anak saya masih belum dapat dihubungi sehingga ke hari ini. Nombor pendaftaran kereta JRW 6380 (Proton Saga).

“Lost contact sampai ke hari ini. Laporan polis telah dibuat di. Diorang bercuti di Pulau Perhentian. Kereta diletakkan di Jeti Kuala Besut,” katanya.

Dalam perkembangan terkini, pihak Senja Bay Resort memaklumkan, Suraidah bersama dengan anak dan dua cucunya telah menaiki bot ke Jeti Kuala Besut pada 1 Oktober.

Manakala, pengusaha bot pula memaklumkan, empat individu terbabit telah keluar dan berkemungkinan pergi mendapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan kerana salah seorang cucunya mengalami demam.

Sumber: Facebook

The post ‘Jangan sedih-sedih tau’ – Perkongsian terakhir video anak-anak sebelum dilaporkan hilang & gagal dihubungi ketika bercuti di Pulau Perhentian appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar