-->

Menteri Indonesia nafi jerebu rentas sempadan & jejaskan kualiti udara di Malaysia, sedangkan data kesan 243 titik panas di republik itu

Satelit National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) 20 mengesan sebanyak 243 titik panas di Indonesia.

Ketua Pengarah Alam Sekitar (JAS), Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, data menunjukkan 121 titik panas di Sumatera dan 122 lagi di Kalimantan, Indonesia.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah meminta penduduk di negeri-negeri selatan di Semenanjung Malaysia bersiap sedia menghadapi jerebu daripada Selatan Sumatera dalam tempoh tiga hari akan datang.

Meskipun Malaysia tidak mempunyai kawasan panas yang dilaporkan. Namun kepulan asap sederhana hingga tebal daripada gugusan titik panas berterusan di selatan Sumatera. Dan dibawa ke barat laut oleh angin semasa.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengehadkan sebarang aktiviti di luar rumah. Dan sentiasa mengambil maklum mengenai bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan masing-masing.

Bagaimanapun, Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia tampil menafikan dakwaan jerebu yang berlaku di Malaysia berpunca daripada kebakaran hutan dan tanah yang melanda Indonesia sehingga menyebabkan berlakunya jerebu merentas sempadan.

Menterinya, Siti Nurbaya Bakar dalam kenyataan rasminya berkata, dakwaan Malaysia itu adalah tidak benar.

“Kita terus mengikuti perkembangan dan tidak ada jerebu rentas sempadan ke Malaysia,” katanya.

Jelasnya, data diperoleh daripada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) dari 28 hingga 30 September menunjukkan taburan jerebu di kesan selama tiga hari di beberapa kawasan di Sumatera dan Kalimantan.

“Jadi jelas, kedua-duanya menyatakan tiada jerebu rentas sempadan,” katanya.

Siti Nurbaya turut menegaskan, sebanyak 203 syarikat telah diberi amaran dan 20 lagi diarah menghentikan operasi kerana melakukan pembakaran. Termasuk syarikat dari Malaysia.

Sumber: Sinar Harian, MalaysiaKini

The post Menteri Indonesia nafi jerebu rentas sempadan & jejaskan kualiti udara di Malaysia, sedangkan data kesan 243 titik panas di republik itu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar