-->

Koleksi tema Palestin laris walaupun dikecam, Vivy Yusof nafi dakwaan ambil kesempatan

Walaupun dikecam teruk di media sosial, jualan koleksi tema Palestin keluaran jenama dUCk baru-baru ini mendapat sambutan ramai.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengasasnya, Vivy Yusof, dalam laporan mStar Online, semalam.

Tanda solidariti kepada Palestin

Menurut Vivy, koleksi tema Palestin seperti skaf, selendang, cawan dan beg tote dikeluarkan semula bagi memenuhi permintaan orang ramai yang mahu membeli dan memakainya sebagai tanda bersolidariti kepada Palestin.

Dalam masa sama, keuntungan yang diperoleh daripada penjualan koleksi itu juga akan disalurkan kepada NGO, Viva Palestina, yang akan digunakan untuk menyalurkan bantuan dalam bentuk bekalan perubatan, makanan dan sebagainya kepada Palestin.

“Koleksi kali ini adalah sama dengan design kami tahun 2021. Ketika itu berlaku pergolakan antara Israel-Pelastin dan kami buat projek yang serupa untuk mengumpul dana bagi membantu saudara kita di sana.

“Kami keluarkan semula koleksi skaf Palestin ini atas permintaan orang ramai. Mereka mahu memakai simbol Palestin sebagai tanda solidariti, di samping menyumbang untuk membantu rakyat Palestin.

“Alhamdulillah sambutan yang diterima sangat memberansangkan. Setiap skaf dan selendang tema Palestin sudah beberapa kali habis terjual. Kami sampai terpaksa berbincang dengan pembekal untuk menambah stok sebab permintaan daripada pelanggan terus-menerus masuk,” katanya.

Salah faham, punca dUCk dikecam netizen

Mengenai kecaman netizen, Vivy tidak menolak punca salah faham itu berlaku daripada satu ciapan di laman X yang tidak menunjukkan pihaknya bekerjasama dengan NGO Viva Palestina.

Vivy turut menjelaskan bahawa pihaknya tidak mengambil sebarang keuntungan daripada jualan tersebut kerana niat beliau dan pasukannya hanya mahu membuat kebaikan, selain mendapatkan rahmat Allah.

Sumber: mStar Online

The post Koleksi tema Palestin laris walaupun dikecam, Vivy Yusof nafi dakwaan ambil kesempatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar