-->

Hospital di tengah Gaza dibom oleh tentera zionis, lebih 500 pesakit & orang awam Palestin dilaporkan maut

Lebih 500 pesakit dan pelarian Palestin yang berlindung di sebuah hospital di tengah Gaza dilaporkan maut selepas dibom oleh tentera Israel, hari ini.

Menurut pihak berkuasa, angka kematian itu adalah yang tertinggi membabitkan serangan tentera Israel dalam masa sehari, sejak 2008.

Serangan yang tidak berperikemanusiaan itu mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Israel yang langsung tidak mempedulikan nyawa orang awam.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya berkata, Hospital al-Ahli Arab itu telah memainkan peranan penting dalam memberi perlindungan kepada orang awam. Selain menempatkan ratusan orang sakit, ia juga menempatkan orang awam yang dipindahkan secara paksaan dari kediaman mereka.

Wartawan Al Jazeera yang berada di tempat kejadian sempat merakam petugas kesihatan dan orang awam menutup mayat-mayat mangsa dengan beg atau selimut putih.

Pemimpin parti polis Inisiatif Nasional Palestin, Mustafa Barghouti berkata, serangan ke atas hospital itu wajar diambil perhatian oleh pemimpin dunia yang sebelum ini menyatakan sokongan terhadap Israel.

Jelasnya, tiada sesiapa yang akan menyerang hospital di mana-mana negara lain di dunia. Apakah pemimpin dunia akan mengutuk pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel.

“Mereka tahu mereka boleh menghalang Israel. Merekalah yang memberikan senjata dan wang serta sokongan kepada penyerang Israel ini,” katanya.

Israel nafi bedil hospital Gaza

Israel bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menuduh serangan ke hospital berkenaan adalah berpunca daripada kesilapan bedilan roket Hamas.

“Hospital berkenaan terkena bedilan disebabkan oleh kegagalan pelancaran roket Hamas,” katanya.

Sumber: Al-Jazeera, Kosmo! Online

The post Hospital di tengah Gaza dibom oleh tentera zionis, lebih 500 pesakit & orang awam Palestin dilaporkan maut appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar