-->

Kes upload gambar di TikTok tanpa izin selesai, kedua-dua pelajar mohon maaf & pilih untuk berdamai

Dua rakan sekelas yang berselisihan faham hanya kerana memuat naik gambar salah seorang daripadanya di aplikasi TikTok, akhirnya mengambil keputusan untuk berdamai.

Bapa saudaar kepada pelajar bernama Ain, Mohammad Amin Aiman berkata, kes tersebut telah diselesaikan secara baik dan kedua-dua pihak telah menarik balik laporan polis yang dibuat sebelum ini.

Kosmo! Online melaporkan, kes itu diselesaikan pada Jumaat lalu.

“Kedua-dua pihak telah membuat permohonan maaf secara terbuka. Bagi pihak saya pula, sudah cukup permohonan maaf yang telah dilakukan oleh anak sadara saya pada hari Jumaat ketika di rumahnya,” katanya.

Sementara itu, ibu kepada pelajar yang ditampar oleh Ain, Waheeda Airny Anwar juga memohon maaf di atas tindakannya memuat naik video kejadian itu di media sosial sehingga mengundang kekecohan di kalangan netizen.

Jelasnya, masing-masing bersetuju untuk tidak memanjangkan kes itu atas nasihat daripada polis.

Dalam pada itu, Waheeda juga memohon kepada orang ramai tidak lagi menyebarkan video tersebut supaya kedua-dua pelajar itu tidak lagi dikecam.

Sumber: Kosmo! Online

The post Kes upload gambar di TikTok tanpa izin selesai, kedua-dua pelajar mohon maaf & pilih untuk berdamai appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar