-->

‘Saya sangat-sangat marah’ – Ada bukti TikTok & Meta sekat kandungan mengenai isu Palestin, Fahmi Fadzil akan beri teguran keras

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengesahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menerima banyak aduan daripada pengguna TikTok berhubung kandungan dan siaran langsung mereka telah diturun atau disekat.

Ini termasuk video ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Himpunan Malaysia Bersama Palestin, pada Selasa lalu.

“Saya bagi contoh, satu kandungan itu ucapan Perdana Menteri berserta dengan beberapa gambar dari Gaza. Berdasarkan maklum balas dari pihak TikTok, mereka mengatakan ada gambar keganasan.

“Tetapi bila saya teliti balik kandungan itu, ia adalah seorang ayah yang mengangkat mayat anaknya yang diselimut. Tidak ada gambar darah, tidak ada yang orang ata macam yang menggerunkan.

“Ini tidak masuk akal. Saya sangat-sangat marah dengan pihak TikTok dan kita telah memberi satu mesej yang kalau bagi saya mereka tak faham ini, kita kena fahamkan mereka,” tegasnya memetik laporan daripada Bernama.

Ekoran itu, Fahmi telah mengarahkan SKMM memberi satu teguran keras terhadap TikTok dan akan bersemuka dengan pihak berkenaan buat kali kedua dalam masa terdekat untuk menyampaikan pendirian kerajaan mengenai isu tersebut. Perkara yang sama juga akan disampaikan kepada Meta.

Jelas Fahmi, beliau tidak mahu hak kebebasa bersuara terutamanya dalam isu Palestin disekat oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu.

Sumber: Bernama

The post ‘Saya sangat-sangat marah’ – Ada bukti TikTok & Meta sekat kandungan mengenai isu Palestin, Fahmi Fadzil akan beri teguran keras appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar