-->

‘Kenapa harus jaga hati pihak sana berbanding jaga hati isteri sendiri?’ – Bella Astillah sindir suami

Portal hiburnan HLive semalam menyiarkan kenyataan penyanyi Aliff Aziz berhubunng isu kehadiran pelakon Sophia Albarakbah di program realiti All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Dalam tembual itu, Aliff berkata sesiapa sahaja boleh datang untuk menonton program tersebut. Malah, dia tidak berhak menentukan untuk siapa yang patut datang atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Aliff menafikan dirinya ada berhubung dengan Sophia.

“Kalau nak kata tentang berhubung tu, belum lagi berhubung apa-apa. Mungkin beliau datang dengan sepupunya, Aisha Retno.

“Mungkin untuk enjoy the show. Saya hanya fokus pada apa yang saya sepatutnya lakukan,” katanya.

Bagaimanapun kenyataann Aliff itu mengundang rasa kurang senang isterinya, Bella Astillah yang kemudian memuat naik kenyataan berbaur sindiran di Instastory.

“Belum berhubung lagi? Kenapa, akan berhubunng ke? Kenapa harus jaga hati pihak sana, bukan ke sepatutnya jaga hati isteri (sendiri yang) jauh lebih penting,” katanya.

Baca: ‘Saya berhak pergi ASGV’ – Sophia Albarakbah nafi dakwaan datang untuk tonton Aliff Aziz, tetapi Bella Astillah dakwa dia menipu

Semalam, Bella mendakwa Sophia menipu dan memutar belitkan kenyataan berhubung kehadirannya ke ASGV untuk menonton persembahan suaminya, Aliff.

Sebelum itu, Sophia menjelaskan kehadirannya ke program tersebut hanyalah untuk memberi sokongan kepada sepupunya sebagai artis undangan. Malah, dia menegaskan dirinya berhak untuk menghadiri program realiti itu.

Sumber: Instagram Bella Astillah, HLive

The post ‘Kenapa harus jaga hati pihak sana berbanding jaga hati isteri sendiri?’ – Bella Astillah sindir suami appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar