-->

2 lelaki tempatan kantoi langgan pelacur warga asing, ditahan dalam serbuan D7 di Jalan Bundusan, Sabah

Polis menahan empat wanita warga asing kerana disyaki melakukan kegiatan pelacuran di sebuah premis di Jalan Bundusan, Sabah, kelmarin.

Kesemua individu terbabit ditahan dalam serbuan yang dilakukan oleh Cawangan D7, Unit Pencegahan Judi/Maksiat dan Kongsi Gelap, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah pada jam 2.40 pagi.

Pemeriksaan pada empat bilik dalam premis itu mendapati, dua daripada empat wanita warga asing itu sedang bersama dengan pelanggan yang disyaki melakukan aktiviti persundalan.

Kesemua saspek berusia 20-hingga 30 tahun itu kemudian ditahan kerana disyaki melakukan aktiviti pelacuran.

Turut ditahan dua lelaki warga tempatan berusia 20 dan 30 tahun.

Selain itu, polis juga merampas beberapa barangan bukti seperti kondom, pelincir, telefon dan wang tunai serta dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner Azmi Abd Rahim mengesahkan penangkapan itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The post 2 lelaki tempatan kantoi langgan pelacur warga asing, ditahan dalam serbuan D7 di Jalan Bundusan, Sabah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar