-->

‘Kau budak mana?!’ – Tular video penunggang motosikal ditumbuk pemandu Proton Saga di persimpangan lampu isyarat

Tular video seorang penunggang motosikal dipukul lelaki yang tidak berpuas hati dengannya dalam kejadian di sebuah persimpangan jalan.

Video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Razalin Shah, itu bagaimanapun tidak menyatakan masa dan lokasi kejadian itu berlaku.

Berdasarkan video berdurasi satu minit itu, pemandu kereta Proton Saga dilihat tidak berpuas hati dengan mangsa.

Saspek kemudian cuba mendekati mangsa, tetapi dihalang oleh orang ramai yang bertindak meleraikan pergaduhan itu. Namun saspek sempat menumbuk muka mangsa.

Salah seorang lelaki kemudian memujuk saspek untuk beredar dari tempat kejadian. Malangnya tidak diendahkan dan saspek menolak motosikal milik mangsa sehingga terjatuh.

Melihat mangsa tidak lagi dilindungi oleh orang awam, saspek segera mengambil kesempatan untuk memukul mangsa bertubi-tubi.

Setelah puas mengerjakan mangsa, saspek beredar dari tempat kejadian.

Di media sosial, netizen menyelar tindakan saspek yang bertindak menggunakan kekerasan dalam menangani masalah tersebut. Netizen menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap saspek yang jelas sekali bertindak di luar batasan.

“Walaupun rider itu salah sekalipun, mungkin terlanggar kereta dia (saspek). Tak sepatutnya dia dipukul macam tu. Bincanglah elok-elok,” kata netizen. – The Reporter

The post ‘Kau budak mana?!’ – Tular video penunggang motosikal ditumbuk pemandu Proton Saga di persimpangan lampu isyarat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar