-->

Kucing ‘Oyen’ maut, kepala parah akibat dihempas dengan batu oleh individu tidak berhati perut

Seekor kucing jalanan mati akibat dianiaya oleh lelaki yang tidak berhati perut dalam kejadian yang berlaku di hadapan premis 7 Eleven, Taman Rakyat, Alor Setar, pada Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Suprintendan Syed Basri Syed Ali berkata, pihaknya ada menerima laporan daripada orang awam pada jam 10.56 pagi, 29 September 2023.

Menurut pengadu, kejadian itu berlaku pada 28 September kira-kira jam 11.30 malam yang mendapati seekor kucing liar menggelupur dan mulutnya berdarah dipercayai akibat dianiaya seseorang.

Semakan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kemudian mendapati, seorang individu yang tidak dikenali membawa batu sebelum dihempas di kepala haiwan berkenaan.

Polis kini sedang giat mengesan saspek dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 29 (1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015.

Jika sabit kesalahan, pelaku boleh dihukum penjara tidak lebih tiga tahun, atau denda tidak kurang dairpada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

Polis menyeru kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu tampil menghubungi balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – The Reporter

The post Kucing ‘Oyen’ maut, kepala parah akibat dihempas dengan batu oleh individu tidak berhati perut appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar