-->

‘Kalau dulu, dalam almari tak pernah ada pakaian bertutup, demi Allah’ – Zila Bakarin akui lebih tenang dan selamat selepas berhijab

Memiliki rupa paras yang cantik, pelakon Zila Bakarin sentiasa mewarnai drama-drama tempatan. Penampilannya yang terkini lebih manis dan sopan, Zila Bakarin dalam satu wawancara mengakui diirinya lebih tenang dan selamat selepas mengambil keputusan untuk berhijrah.

Penghijrahan itu berlaku katanya, bermula apabila dia terdetik untuk memakai tudung ketika mahu mengambil anaknya pulang dari sekolah.

“Sebenarnya saya pun tak tahu. Benda tu tiba-tiba je berlaku. Benda tu berlaku tanpa saya terfikirkan pun pasal job. Cuma saya fikir, saya nak berubah, nak berhijab.

“Benda tu datang sendiri. Saya ambil tudung, saya pakai dan pergi ambil anak dari sekolah,” katanya.

Rasa semakin tenang, selamat

Perubahan pada dirinya juga turut mengundang tanda tanya anaknya. Namun Zila mengakui dia semakin berasa tenang dan selamat.

“Saya rasa sekarang ini, saya rasa lagi tenang. Rasa macam ‘kenapa aku tak macam ini dulu’. Saya rasa lebih selamat, kejadian itu pada hari yang esoknya nak ambil anak sekolah.

“Saya ini terkenal dengan pakaian saya dulu, dengan rambut. Tak pernah ada dalam almari itu pakaian bertutup, demi Allah. Sehinggakan esok nak ambil anak sekolah, saya rasa bila saya keluar tak ada seurat benang pun.

Saya rasa macam ‘eh aku pakai baju ini kenapa macam sejuk saja, macam takut je’. Betul, saya takut, rasa macam tak selamat. Keluar masuk rumah rasa gelisah. Saya ambil tudung dan pakai, baru rasa selamat.

“Sejak dari hari tu, saya terus pakai sehinggalah ke hari ini,” katanya.

Sumber: TikTok

The post ‘Kalau dulu, dalam almari tak pernah ada pakaian bertutup, demi Allah’ – Zila Bakarin akui lebih tenang dan selamat selepas berhijab appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar