-->

Hukum mencabut uban adalah makruh & uban beri cahaya pada Hari Kiamat

Bila umur sudah meningkat, bermacam-macam perkara yang perlu diambil cakna terutamanya kesihatan badan. Tubuh badan sudah tidak seaktif ketika usia muda remaja. Banyak perubahan berlaku seiring dengan usia kita.

Paling ketara apabila rambut hitam sudah beransur bertukar menjadi uban. Bermacam cara dilakukan bagi mengelakkan uban daripada dilihat. Selain daripada menukar warna rambut, tabiat individu suka untuk mencabut uban. Tetapi tahukah anda, mencabut uban itu hukumnya makruh?

Kenyataan tersebut dikongsikan melalui TikTok untuk dijadikan sebagai satu panduan dan pengajaran.

@thefitrahmy

Baru tahu uban ni beri cahaya masa kiamat. #fyp

♬ Aesthetic – Tollan Kim

“Hadis daripada Amru’ bin Shuaib, Rasullah bersabda ‘Jangan kalian mencabut uban. Tidak ada seorang muslim yang mana tumbuh padanya sehelai uban di dalam Islam melainkan uban tersebut akan menjadi cahaya buatnya pada hari Kiamat.

“Hadis daripada Saidina Anas bin Malik pula menyatakan dimakruhkan seorang lelaki mencabut rambut putih pada kepala dan janggutnya,” katanya.

Berdasarkan hadis-hadis tersebut,hukum mencabut uban itu adalah makruh.

“Jadi sebaik-baiknya janganlah cabut uban walau gatal macam mana sekalipun,” katanya.

Bagi mengelakkan rasa malu apabila uban terlalu banyak di kepala walaupun usia masih muda, dikongsikan individu boleh mewarnakan rambut dengan warna yang sesuai dengan sumber yang dibenarkan kecuali hitam kerana warna hitam dikatakan seolah meniru semula ciptaan Allah.

Sumber: The Fitrah

The post Hukum mencabut uban adalah makruh & uban beri cahaya pada Hari Kiamat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar