-->

Wanita ditikam dengan gunting oleh lelaki tidak dikenali di premis dobi layan diri Seberang Takir

Seorang wanita dilaporkan cedera akibat ditikam lelaki tidak dikenali semasa berada di sebuah premis dobi layan diri di Seberang Takir, semalam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa berusia 31 tahun mengalami kecederaan di bahagian belakang badan selepas ditikam oleh suspek menggunakan senjata yang dipercayai gunting.

Berdasarkan keterangan saksi yang juga pekerja kedai serbaneka bersebelahan dengan premis itu berkata, dia ternampak suspek berada dalam kereta Proton Wira berwarna kelabu yang diletakkan di hadapan kedai selama dua jam.

Kira-kira jam 3 petang, mangsa datang memasuki kedai dobi dan dalam masa sama suspek terus masuk dan menyerang mangsa.

“Suspek turut memukul dan menendang mangsa sebelum melarikan diri dengan Proton Wira,” kata Timbalan Ketua Polis Daerah Terengganu, Superintendan Wan Mohd Zaki Wan Ismail.

Mangsa yang mengalami kecederaan kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek melakukan serangan itu untuk menyamun mangsa.

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kejadian itu turut tular di media sosial.

Polis kini sedang giat memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post Wanita ditikam dengan gunting oleh lelaki tidak dikenali di premis dobi layan diri Seberang Takir appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar