-->

Jururawat maut ditikam suami yang cemburu & mengesyaki mangsa berlaku curang

Seorang jururawat dilaporkan maut akibat ditikam oleh suaminya sendiri dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Padang Nyu, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, kejadian yang bermotifkan cemburu itu dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi, ketika mangsa ingin keluar berkerja di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

Pasangan berkenaan dipercayai bergaduh di ruang tamu rumah di mana si suami dikatakan cemburu dan mengesyaki isterinya berlaku curang.

“Pesara tentera berusia 38 tahun itu bertindak menikam mangsa, 31, dengan sebilah pisau di bahagian dada kiri,” katanya.

Suspek kemudian mengalihkan isterinya ke dalam bilik tidur utama. Dua anak mereka berusia 8 dan 10 tahun kemudian dihantar ke rumah pengasuh sebelum menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, jam 10 pagi.

Sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan menemui mayat mangsa yang ditutup dengan selimut tebal di bilik tidur utama.

Pemeriksaan selanjutnya mendapati, ada satu kesan tikaman di bahagian dada kiri mangsa sedalam dua sentimeter.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Seter untuk dibedah siasat.

Ujian saringan air kencing turut mendapati saspek positif dadah dan kini telah ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo! Online

The post Jururawat maut ditikam suami yang cemburu & mengesyaki mangsa berlaku curang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar