-->

‘Kita buat konten NPC Live, kalau orang suka dia bagi la gift’ – TikToker Kembar nafi dakwaan pengemis moden

Baru-baru ini, TikToker kembar, Cha dan Faa dijemput ke program Meletop dan Motif Gempak untuk ditemubual susulan konten NPC mereka menarik perhatian ramai.

Macam mana boleh terlibat dengan trend NPC?

Ibu kami yang berikan idea untuk buat content NPC. Sebelum ini pun kitorang memang buat live. Then kitorang pun viewers pun makin lama makin sendu.

“Kemudian ibu berikan idea dan kitorang pun spontan dan random buat, jadi boom!

“Kitorang just tengok-tengok (video lain) jer, random,” katanya.

@twoberriess

Jangan lupa saksikan Astro Ria Gempak Most Wanted NPC pada 7september(Rabu) Pada pkul 11malam Dan slot2 Di GEGAR VAGANZA 🤍#astrogempak #mostwanted

♬ original sound – cha & faa – cha & faa

Berapa total gift yang boleh dapat dalam satu live?

“Lebih kurang 50,000 diamond (anggaran RM2,500+).

“Konten di TikTok ini bukan sepenuh masa. Kitorang memang buat live pada waktu malam sahaja. Di sebelah siang kitorang uruskan bisnes.

“Dari segi kostum, kitorang beli yang murah-murah sahaja. Tanpa melibatkan kos yang tinggi,” katanya.

Bagaimana dengan penerimaan rakan-rakan?

“Diorang memberi sokongan. Walaupun di luar sana ramai yang mengecam, tetapi itu semua dianggap sebagai pembakar semangat.

“Konten ini bukan untuk selama-lamanya, kitorang pun nak mencari followers sebenarnya. Cari followers, viewers likes. Di masa depan nanti, konten kita pun lain dah.

Ada yang kata ini adalah cara moden untuk mengemis di media sosial?

@twoberriess

Dan tiktok memang dah sediakan system GIFT di LIVE , adakah orang yang buat live dan dapat gift akan digelarkan pengemis? #meletop

♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

“Bagi saya, pengemis ini bermaksud orang yang sihat walafiat tetapi tak buat apa-apa (kerja) dan duduk meminta.

“Kita tidak seperti itu, kita tak meminta. Masing-masing ada konten sendiri dan kreativiti semasa membuat live. Contohnya seperti ASMR (Autonomous Sensory Meridian Response), gaming, memasak dan sebagainya.

“Jadi kita punya konten, NPC lah. Kiranya kita punya konten ni macam busker-busker menyanyi. Kita buat show, kalau orang suka, dia bagi la gift. Maknanya dia macam hargai kita punya usaha,” katanya.

Sementara itu, pemantauan di TikTok mendapati, trend NPC masih belum dapat diterima sepenuhnya di negara ini. Saban kali video live NPC muncul di feed dapat dilihat banyak komen-komen negatif daripada netizen.

Sumber: Meletop, Gempak

The post ‘Kita buat konten NPC Live, kalau orang suka dia bagi la gift’ – TikToker Kembar nafi dakwaan pengemis moden appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar