-->

‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ – Jasmin Hamid tak endah kata-kata orang, bahagia miliki kereta Proton Wira

Pelakon Jasmin Hamid meluahkan rasa syukur kereta kesayangannya, Proton Wira, yang diberi nama Bobob akhirnya dapat kembali ke atas jalan raya selepas beberapa tahun ‘ditidurkan’ ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Jasmin, dia pernah mendengar orang bercakap buruk dan memandang rendah terhadapnya yang masih menggunakan kereta tersebut. Tetapi enggan mengendahkan semua itu kerana dia bahagia dengan cara kehidupannya yang sederhana.

“Alhamdulillah, my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun ditidurkan sebab PKP. Nama dia Bobob uols.

“Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya.

“Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?”

“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa eh? Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okay je pakai Wira lama, yang awak pula rasa alergik dah kenapa?

“Biarlah, saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya. Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baru untuk saya ke? Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat,” katanya menerusi hantaran di Instagram semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan, bahagian dalam kenderaan tersebut kelihatan masih bersih, elok dan dijaga dengan baik.

Di ruangan komen, ramai netizen yang memuji Jasmin masih setia dengan kereta lamanya. Selain mempunyai nilai sentimental, pemiliknya juga bebas dari bebanan hutang.

“Kereta lama lagi kukuh, tak banyak ragam daripada kereta sekarang manja lebih. Kereta lama lah best, tak ada hutang,” kata netizen.

The post ‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’ – Jasmin Hamid tak endah kata-kata orang, bahagia miliki kereta Proton Wira appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar