-->

Bukan artis gred A, pelakon wanita kulit putih gebu dalam pantauan Bank Negara

Tular ketika ini, isu melibatkan seorang artis wanita yang dikatakan sedang dipantau oleh Bank Negara. Sehingga kini, identiti artis tersebut belum dapat dipastikan.

Perkara tersebut didedahkan melalui sebuah portal.

“Orangnya masih muda dan cantik. Mungkin disebabkan kecantikannya itu maka orang senang nak bekerjasama dengan dia. Baik dari segi tawaran lakonan dan juga buat rebiu produk mahupun jadi duta.

“Tetapi, kekayaan yang diraihnya agak luar biasa. Dalam erti kata lain, agak mencurigakanlah. Cik Bunga sebelum ini pernah buat kupasan mengenai artis-artis yang bergaya hidup mewah namun sumber pendapatan mereka dicurigai ramai,” tulis kenyataan itu.

Tayang gaya hidup mewah

Perkara tersebut terbongkar apabila ramai yang mempersoalkan gaya hidup mewah artis yang berkulit putih gebu itu sedangkan artis berkenaan bukan lah dikategorikan sebagai artis terkenal.

“Perkara yang sama dapat dilihat pada gaya hidup artis wanita berkulit putih gebu ini. Ramai yang hairan, dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun.

“Tetapi, dari segi gaya hidup, memang mewah. Dia pula sejenis tak segan nak tayang pada orang ramai dan di media sosial apa yang dia ada. Makanya dari situ, timbul banyak pertikaian secara cakap-cakap belakang,” katanya.

Dalam pemantauan Bank Negara

Namun, menerusi satu sumber, pelakon itu sebenarnya berada dalam senarai pemantauan Bank Negara.

“Nak dijadikan cerita, ada sumber beritahu Cik Bunga, pelakon wanita ini sebenarnya berada dalam senarai dan pemantauan Bank Negara. Kalau tak silap, berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA),” tulisnya.

Sumber: Utusan Malaysia

The post Bukan artis gred A, pelakon wanita kulit putih gebu dalam pantauan Bank Negara appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar