-->

Berang didenda berdiri di depan kelas, pelajar nekad tikam & pukul kepala guru sebelum cuba meragut nyawanya sendiri

Seorang guru wanita yang dikenali sebagai Patricia Eugenia Burciaga Davila, 59, cedera parah selepas ditikam oleh pelajarnya, Alberto, berusia 14 tahun.

Kejadian itu berlaku pada 4 Oktober lalu di sebuah sekolah di Ramos Arizpe, Mexico. Serangan itu turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) dan kini tular di media sosial.

Video kejadian boleh ditonton di Telegram The Reporter

Lapor media La Verdad, sebelum kejadian itu berlaku mangsa menyedari pelajar terbabit sedang mengganggu rakannya dari memberi tumpuan kepada sesi pembelajaran.

Mangsa kemudian memanggil saspek berdiri di depan kelas dan menegur perbuatannya. Namun tiada sebarang respon positif yang diterima.

Tidak beberapa lama kemudian, Patricia meminta saspek pergi ke bilik pengetua. Malah, Patricia menawarkan diri untuk menemaninya.

Malangnya sebaik sahaja Patricia melangkah untuk keluar dari kelas, saspek bertindak menikam mangsa beberapa kali sehingga terjatuh. Saspek turut memukul kepalanya sebelum melarikan diri.

Kejadian itu disaksikan oleh semua pelajar dalam kelas tersebut dan segera membantu mangsa.

Kekecohan yang berlaku menarik perhatian guru lain yang bertindak menahan dan merampas senjata daripada saspek yang dikatakan cuba membunuh diri dengan mengelar tangannya sendiri.

Saspek kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, doktor mengesahkan mangsa mengalami lima luka tikaman dengan kedalaman 10 sentimeter di bahagian tangan kiri dan dada. Keadaannya kini dilaporkan stabil.

The post Berang didenda berdiri di depan kelas, pelajar nekad tikam & pukul kepala guru sebelum cuba meragut nyawanya sendiri appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar