-->

Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan mengenai pemandu mabuk di Ipoh

Seorang wanita meluahkan rasa kesalnya di laman X (Twitter) berhubung tindakan anggota polis yang didakwa memperlekehkan tujuannya membuat laporan polis.

Fiqapong sebelum itu memaklumkan, dia ternampak seorang lelaki yang dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol memandu secara berbahaya dan melanggar penghadang jalan. Malah, kereta tersebut hampir melanggarnya.

Bimbang melihat kejadian itu, pengadu berusia 28 tahun itu tampil membuat laporan di sebuah balai polis di Ipoh pada jam 12.31 malam, 7 Oktober 2023.

Bagaimanapun, anggota berkenaan didakwa mempersoalkan tujuannya membuat laporan itu.

“Saw an uncle drunk driving tonight, could barely stand/wak let alone drive. Literally langgar all the divider while driving.

“And when I made a police report, the first question asked was, “Dia ada langgar awak ke? Dah tak langgar, kenapa perlu buat report?”.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, kejadian itu berlaku pada jam 11.19 malam di Jalan Lapangan Symphony. Kenderaan yang dinyatakan adalah kenderaan jenis Peugeot WC1108D.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya memandang serius mengenai aduan pengadu dan telah dirujuk kepada Bahagian Intergriti dan Pematuhan Standard, IPD Ipoh untuk menjalankan siasatan lanjut.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi terhadap isu tersebut yang kini masih dalam siasatan.

Sumber: Twitter Fiqapong

The post Polis siasat dakwaan wanita diperlekeh ketika buat laporan mengenai pemandu mabuk di Ipoh appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar