-->

‘Anak makcik pun pernah buli saya di sekolah’ – Wanita dedah kakak pelajar ditampar pernah buli dia di sekolah, kifarah katanya

Semalam media sosial dihebohkan dengan video seorang pelajar sekolah ditampar rakan sekelasnya kerana memuat naik gambar rakannya di TikTok tanpa kebenaran.

Ramai netizen yang meluahkan rasa simpati terhadap mangsa, tidak kurang juga yang mempertahankan tindakan rakannya kerana adalah salah memuat naik gambar orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

Baca: ‘Kenapa kau post gambar aku?!’ – Pelajar tampar rakan sekelas kerana post gambarnya tanpa izin di TikTok.

Bagaimanapun tampil seorang individu yang mendakwa apa yang berlaku pada mangsa adalah kifarah kerana kakak kepada mangsa buli itu juga dahulu pernah membuli pelajar lain.

“Anak makcik pun dulu buli saya kat sekolah. Tetapi makcik backup anak snediri walaupun anak makcik salah.

“Sekarang anak makcik yang lain kena buli kat sekolah, baru menggelupur nak viral. Whats goes around comes around. Baru tau kan macam mana perasaan anak sendiri kena buli?

“Takde tea sebab ini kes masa zaman I sekolah menengah dulu. Pernah jadi kes polis dulu, tapi dah tutup dan tak nak panjangkan ceriat sebab kesian time tu semua tengah SPM.

“Best kan buli orang time tengah SPM? Masa tu pun I masih kesian walaupun dah dibuli. ‘Biasalah budak-budak gaduh’ katanya.

“Sampai sekarang takde minta maaf. Ada pun seorang je. Yang lain haprak takde,” katanya.

Sementara itu, semakan di Facebook ibu pelajar berkenaan mendapati, dua video yang dimuat naiknya kelmarin telah pun dipadamkan. – The Reporter

The post ‘Anak makcik pun pernah buli saya di sekolah’ – Wanita dedah kakak pelajar ditampar pernah buli dia di sekolah, kifarah katanya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar