-->

‘Warga asing pun perlu makan’ – Kerajaan tolak cadangan larang penjualan beras tempatan kepada warga asing

Baru-baru ini Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh mencadangkan larangan penjualan beras tempatan kepada warga asing yang menetap di negara ini.

Cadangan itu dibangkitkan berikutan kenaikan harga beras yang didorong oleh kekurangan bekalan di pasaran.

Jelas Akmal, cadangan tersebut bukanlah bersifat diskriminasi, tetapi keutamaan perlu diberi kepada rakyat Malaysia terlebih dahulu berbanding warga asing. Namun, cadangan itu perlu dianggap sebagai penyelesaian jangka pendek sahaja.

Bagaimanapun, kerajaan menolak cadangan Ketua Pemuda UMNO itu yang dianggap tidak wajar.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, kerajaan tidak membuat sebarang keputusan berhubung cadangan itu.

“Tidak dibuat keputusan lagi, sebab warga asing pun perlu makan.

“Jangan lupa, mereka pun berkhidmat untuk keperluan negara kita,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Sabu juga menjelaskan, kekurangan bekalan beras putih tempatan di pasaran berlaku disebabkan pembelian panik oleh pengguna dan peniaga.

“Bila berlaku kenaikan harga beras import begitu tinggi, yang selalu beli beras import berubah ke beras tempatan menyebabkan berlaku kekurangan bekalan.

“Sebelum ini beras tempatan tidak dipedulikan sangat termasuk para peniaga,” ujarnya.

Sumber: MalaysiaKini, Sinar Harian

The post ‘Warga asing pun perlu makan’ – Kerajaan tolak cadangan larang penjualan beras tempatan kepada warga asing appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar