-->

Bapa dakwa kenyataann Mondy dalam podcast hanyalah bohong semata-mata, Ustaz Derry Sulaiman tunjuk bukti WhatsApp ketua punk dengan Mondy

Setelah pendedahan demi pendedahan yang telah dibuat oleh Mondy, menyusul pula dakwaan dari seorang lelaki yang dipercayai bapa kepada Mondy mengatakan Mondy berbohong dalam wawancara podcast yang dikendalikan oleh Caprice.

Dalam satu sesi secara langsung di TikTok itu, seorang pendakwah Indonesia, Ustaz Derry Sulaiman menjemput bapa kepada Mondy bertanyakan isu tersebut. Dalam nada sebak, bapa Mondy memohon maaf kepada Ebit Lew atas tindakan anaknya itu.

“Saya mohon maaf kepada Ebit Lew atas tingkah laku, bahasa, tutur kata yang tidak sopan. Tolong sampaikan kepada Ustaz Ebit yang banyak membantu keluarga saya walaupun saya sendiri tidak menerima dari anak saya.

“Saya hanya mohon anak saya sihat selalu di sana (semasa di pondok). Saya tidak pernah minta apa-apa dari anak saya,” katanya.

Pendakwah berkenaan turut menafikan dakwaan yang mengatakan mereka memfitnah Mondy. Sebaliknya mereka mempunyai bukti yang menyatakan Mondy bukanlah seperti yang disangka. Dia juga telah menunjukkan bukti satu perbualan whatsapp antara Mondy dan ketua punk yang dikenali sebagai Abang Z.

@ar.rayyan.channel

Fitnah Akhir zaman..Manusia berbohong dikata benar, manusia bercakap benar dikata berbohong #fitnahakhirzaman #mondy #ustazebitlew #ustazderrysulaiman

♬ Yasir Lana – arief akdw

“Masalah tentang pemerkosaan itu Mondy hanya bohong. Yang dipegang-pegang juga Mondy bohong. Sebenarnya semua tu tak berlaku. Mondy hanya perlukan duit diorang,” tulisnya dalam mesej tersebut.

Pendakwah ini juga mendedahkan Mondy tidak mempunyai nombor telefon Ustaz Ebit Lew sebaliknya hanya berurusan dengan team Ustaz Ebit Lew sahaja.

“Ustaz Ebit Lew dah berikan dia duit, motosikal, dirikan kedai. Semuanya dia ambil bukan diberikan kepada ibu dan ayahnya.

“Dia mungkin sudah ditawarkan duit dari orang (Caprice) yang kendalikan podcast tu,” katanya.

Sementara itu, Caprice mula curiga dengan kenyataan yang dibuat oleh Ustaz Derry. Soalnya, bagaimana ustaz berkenaan boleh menunjukkan bukti ketua punk menghantar kiriman mesej kepada Mondy. Sedangkan telefon bimbit ibu tunggal itu telah dirampas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Beliau juga tertanya-tanya dengan ejaan nama Mondy yang dieja dengan ‘Mondi’ sedangkan Mondy membahasakan dirinya sebagai Mondy dalam apa-apa jua mesej atau media sosial.

“Agak-agak kenapa team sana tengah desperately trying to get Mondy back in Indonesia? Bukan sebab podcast episod 1 tapi sebab ada kes yang lagi besar,” tulisnya.

Sumber: Tun Merah, Ar Rayyan Channel, Caprice

The post Bapa dakwa kenyataann Mondy dalam podcast hanyalah bohong semata-mata, Ustaz Derry Sulaiman tunjuk bukti WhatsApp ketua punk dengan Mondy appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar