-->

Polis mula siasat kes Ebit Lew-Mondy Tattoo, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi

Ketua Penolong Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan pihaknya telah memulakan siasatan terhadap pendakwah bebas, Ebit Lew berhubung dakwaan laporan polis yang dibuat oleh Mondy Tattoo, baru-baru ini.

Polis juga mengesahkan ada menerima laporan daripada Ebit yang mendakwa dirinya difitnah oleh Mondy dalam video temubual podcast yang tular di media sosial.

Ebit mendakwa, dia difitnah oleh TikToker berasal daripada Indonesia, yang suatu ketika dahulu pernah dibantunya untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.

Setakat ini, video pendedahan siri pertama itu telah ditonton lebih dari 283 ribu dan lebih dari 3,600 komen sejak dimuat naik pada Jumaat lalu, 15 September 2023.

Kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Superintendan Mohd Fairus Jaafar menasihatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

11 September lalu, ibu tunggal terbabit mendedahkan dia telah disentuh, dipegang pipi oleh pendakwah berkenaan, selain hampir pernah dicium dalam podcast terbitan Caprice Original Films di YouTube.

Sumber: Harian Metro

The post Polis mula siasat kes Ebit Lew-Mondy Tattoo, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar