-->

Wanita berkulit putih menang pertandingan Miss Universe Zimbabwe, cetus kontroversi perkauman

Wanita bernama Brooke Bruk-Jackson berusia 21 tahun telah dinobatkan sebagai Miss Universe Zimbabwe, yang bermaksud beliau akan mewakili negara Afrika pada pertandingan Miss Universe peringkat seterusnya.

Bagaimanapun, kemenangan Brooke itu mengundang kontroversi perkauman di negara itu. Ramai yang mendakwa pemenang pertandingan itu bukanlah wakil yang tepat untuk mewakili Zimbabwe.

Brooke Bruk-Jackson

Walaupun Brooke dilahirkan dan membesar di Harare, ibu kota Zimbabwe, kemenangan wanita berkulit putih itu tidak disenangi ramai.

Kemenangannya sebagai Miss Universe Zimbabwe mencetuskan perdebatan di media sosial. Ada pengkritik lantang berhujah bahawa Brooke menang kerana dia berkulit putih.

Senarai peserta Miss Universe Zimbabwe 2023

“Antara 25 peserta wanita (berkulit hitam) yang cantik itu, dan awak beritahu saya wanita Eropah itu yang menang dalam pertandingan untuk orang kulit hitam?

“Saya tidak menyokong ini sama sekali. Orang kulit hitam harus belajar untuk menyayangi dan menghormati diri mereka. Berhenti menghantar seorang wanita kulit putih untuk mewakili Zimbabwe,” kata netizen.

Miss Universe Zimbabwe adalah pertandingan awal di mana peserta yang menang akan mewakili negara untuk bertanding di peringkat seterusnya. Calon yang terpilih itu juga akan mewakili 10 wilayah di Zimbabwe.

Brooke sebenarnya adalah wanita kulit putih kedua yang memenangi pertandingan ratu cantik kebangsaan Afrika pada tahun ini, selepas Miss South Africa.

Sumber: Oddity Central

The post Wanita berkulit putih menang pertandingan Miss Universe Zimbabwe, cetus kontroversi perkauman appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar