-->

‘Nak saman? Bring it on!’ – Jiran tegaskan ada bukti video & audio, tak gentar dengan ugutan saman YouTuber

Penduduk Lakefront Villa menyatakan pendirian bahawa mereka tidak gentar dengan kenyataan YouTuber sensasi yang mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Ini kerana mereka mempunyai bukti dalam bentuk rakaman video dan audio yang boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa kejadian yang didakwa itu sememangnya berlaku.

“Bring it on. Saya ada gambar team dia park depan rumah orang lain tanpa izin. Ada bukti video dan gambar kegiatan mereka, ada rakam audio dan video kereta dia bising memekak tu.

“Saya ready semua bukti-bukti sebelum beritahu cikgu. Nak saman? Bring it on,” demikian kata pengadu seperti yang diceritakan semula oleh Cikgu Mohd Fadli Salleh di Facebooknya.

Menurut Cikgu Fadli, kebanyakan pemilik rumah di Lakefront Villa bukanlah orang biasa. Sebaliknya golongan T20 yang berkemampuan membeli kediaman bernilai jutaan ringgit.

“Nak gertak orang biasa boleh lah. Tapi nak gertak owner rumah yang mampu beli rumah harga berjuta, memang bertemu buku dengan ruaslah.

“Harga kediaman di kawasan itu antara RM2 juta hingga RM3.7 juta. Yang buat aduan itu adalah pemilik, bukannya penyewa.

“Golongan ini takkan buat tuduhan melulu. Mereka sudah siapkan semua bukti dan dapat menjangka gertakan saman ini akan dibuat,” kata Cikgu Fadli.

Terdahulu, YouTuber Ammar Nazhan mencabar individu yang membuat tuduhan itu tampil berdepan dengannya. Malah beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana tuduhan itu kerana merasakan dakwaan itu berniat untuk menjatuh imej mereka.

Sumber: Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh

The post ‘Nak saman? Bring it on!’ – Jiran tegaskan ada bukti video & audio, tak gentar dengan ugutan saman YouTuber appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar