-->

‘Saya tak teragak-agak untuk cari & saman pihak yang tuduh kami tanpa bukti’ – YouTuber Ammar Nazhan nafi dakwaan buat onar, cabar jiran tampil kemukakan bukti

YouTuber Ammar Nazhan, tampil menafikan dakwaan mengenai dirinya dan rakan-rakan yang sedang ditularkan di media sosial.

Menurut anak muda itu, beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menuduh mereka tanpa bukti kukuh.

Baca artikel berkaitan : ‘Kami jiran-jiran dah tak tahan, diorang duduk rumah sekali ni laki tino’ – YouTuber suap fries didakwa buat onar di perumahan T20, cetus kemarahan penduduk

Malah, dakwaan yang disebarkan mengenai mereka adalah tidak benar dan bertujuan untuk menjatuhkan maruah mereka.

“Saya tak teragak-agak untuk mencari dan saman mana-mana pihak yang menuduh kami tanpa bukti.

“Info yang dibawa orang luar adalah salah dan menyebar berita palsu yang dikeluarkan untuk menjatuhkan imej kami.

“Jika berani, tolong berjumpa dengan saya sebelum keluarkan statement yang tidak betul,” tegasnya dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui Instastory hari ini.

Ammar juga tidak menolak ada pihak yang membayar media samata-mata untuk menyebarkan dakwaan palsu itu.

“Bayar media semata-mata nak usik emosi. Best kan duni ni? Tak suka Am kat sini, lepas tu mulalah buat tuduhan. Cari orang follower ramai sikit, bayar paid. Mewakili rakan untuk sebar berita palsu.

“Takpe, benda ini mudah Am nak ambil tindakan kalau tak berbukti. Allah Maha Mengetahui,” katanya.

Terdahulu, tular dakwaan di media sosial yang mendakwa Ammar dan rakannya membuat onar di kawasan perumahan T20 yang disiarkan di Facebook Cikgu Mohd Fadli Salleh semalam.

Sumber maklumat daripada jiran itu mendakwa, Ammar duduk sebumbung dengan wanita lain. Malah. tidak menghormati privasi jiran, staff biadab dengan pengawal keselamatan, berdua-duaan dalam gelap dan banyak lagi.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang penduduk di kejiranan tersebut yang turut merancang untuk membuat petisyen bagi membantah sebarang penubuhan pejabat atau studio di perumahan itu.

Sumber: Instagram Ammar Nazhan

The post ‘Saya tak teragak-agak untuk cari & saman pihak yang tuduh kami tanpa bukti’ – YouTuber Ammar Nazhan nafi dakwaan buat onar, cabar jiran tampil kemukakan bukti appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar