-->

‘Terima kasih orang baik’ – Sekumpulan anak muda dipuji netizen kerana bantu warga emas alami kemalangan kecil

Sekumpulan anak muda dipuji netizen kerana membantu seorang warga emas yang terlibat dengan kemalangan kecil di jalan raya.

Menerusi perkongsian Syakir Belon yang tular di TikTok itu, sekitar jam 5 pagi mereka terlihat seorang warga emas terduduk dalam keadaan menggigil kesejukan. Warga emas itu kemalangan seorang diri dan mengalami luka kecil di bahagian siku.

“Bila kami tanya Pak Cik ni rupanya dalam keadaan nyanyuk. Pukul 5 pagi, dia kata petang. Dia kata nak jumpa anak dia dekat area jalan menuju ke Istana Negara.

“Siku Pak Cik ni berdarah sebab accident. Imagine jalan kosong macam ni, jalan licin selepas hujan, sorang-sorang pulak tu dengan accident lagi,” tulisnya.

Mereka mempelawa untuk membawa warga emas ini ke balai polis, tetapi dia menolak dengan baik kerana tidak mahu menyusahkan sesiapa.

Brek motor rosak

“Bateri phone Pak Cik ni pun habis. Bila kami check motor ni, rupanya tak ada brek, brek mungkin dah rosak.

“Akhirnya kami bawa Pak Cik ni ke balai polis naik kereta kami. Salah seorang dari kami bawak motor tu sebab terlalu bahaya untuk Pak Cik tu bawak.

“Alhamdulilah, kitorang serahkan Pak Cik ke pihak berkuasa untuk tolong Pak Cik. Kami doakan Pak Cik dipermudahkan urusan,” katanya.

Rata-rata netizen memuji sikap yang ditonjolkan oleh mereka dan berterima kasih kerana sudi membantu warga emas itu serta menguruskannya dengan baik.

The post ‘Terima kasih orang baik’ – Sekumpulan anak muda dipuji netizen kerana bantu warga emas alami kemalangan kecil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar