-->

‘Korang menang sekarang, adik aku jadi ibu tunggal di usia 24 tahun’ – Anak selebriti berusia 18 tahun didakwa sondol suami orang sampai hancur rumah tangga

Satu hantaran tular di media sosial mendakwa seorang gadis yang merupakan anak kepada pasangan selebriti menjadi penyebab kepada kehancuran rumah tangga perkahwinan seorang wanita.

Perkara itu didedahkan sendiri oleh wanita yang menjadi mangsa keadaan itu.

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Misya, gadis yang juga merupakan seorang pempengaruh media sosial menjadi penyondol rumah tangga yang telah dibina selama tiga tahun.

“Tujuh tahun perkenalan, tiga tahun kahwin, dikurniakan dua orang anak yang masih kecil. Seorang umur dua tahun, seorang lagi umur satu tahun. Datangnya orang ketiga, hancur semuanya,” tulisnya.

Menguatkan lagi dakwaannya itu, bukti resit ‘check-in’ gadis itu bersama bekas suaminya turut disertakan.

“Peluang sekali? Dua kali? Tiga kali? Buat benda terkutuk ya. Siapa sangka? Allah Maha Mengetahui. Satu-satu bukti Allah tunjuk,” kata Misya.

Mangsa turut mendedahkan si pelaku pernah berjanji tidak akan mengganggu lagi rumah tangga mangsa namun janji tinggal janji. Sebaliknya, si pelaku masih lagi didapati berhubungan.

“Ini kononnya berjanji takkan ganggu lagi, tapi mungkir janji. Depan keluarga kami, depan parents kau. Tapi? Terkantoi lagi check-in,” tulisnya.

Sementara itu, kakak kepada mangsa juga mendedahkan mental dan emosi adiknya terganggu gara-gara perbuatan si pelaku. Ujarnya, gadis tersebut menghubugi mangsa beberapa kali kerana risau perkara ini akan menjadi tular.

“Korang menang sekarang, adik aku bergelar ibu tunggal usia 24 tahun dengan anak 2 orang yang masih belum kenal dunia.

“Kau buat kami percaya adik aku berprasangka buruk sampai kami decide nak bawak psikiatris.

“Kau langsung tak jaga air muka mak bapa kau. Kau takde rasa simpati dekat mak bapak kau. Kau pijak lumat maruah diorang,” tulisnya.

Kakak mangsa turut mendedahkan rakaman audio yang dipercayai diambil dari video litar tertutup (CCTV) rumah mereka ketika kunjungan gadis itu bersama keluarga untuk memohon maaf.

Sumber: Misya, Xtra

The post ‘Korang menang sekarang, adik aku jadi ibu tunggal di usia 24 tahun’ – Anak selebriti berusia 18 tahun didakwa sondol suami orang sampai hancur rumah tangga appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar