-->

‘Sila komen dulu, sedap bersangka, tambah cerita dan tunding jari’ – Abby Abadi respon isu anak jadi tular

Isu tular yang semakin panas hari ini yang mengaitkan anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi terus diperkatakan.

Di media sosial Norman Hakim dan Abby Abadi ketika ini terus dihujani dengan pelbagai kecaman.

Mengulas lanjut mengenai isu ini, Abby Abadi akhirnya bersuara. Melalui perkongsian di Instagram (story) itu, dia berkata akan menjawab segala pelbagai spekulasi yang berlaku.

“Tentang isu viral ni, takpe sila komen dulu. Memang sedap bersangka, menambah cerita dan menunding jari pada orang ni,” katanya.

Dia juga turut mengulas isu yang berkaitan dengan kenyataan yang dibuat oleh kakak mangsa yang disiarkan oleh sebuah portal.

“Ya, kami ada berjumpa. Waktu tu baru dimaklumkan hal ni. Memang masa tu tak tahu cerita pun. Tapi bila bercerita kata kami datang berjumpa untuk minta maaf? Apa tu?

“Tu malas bercakap. Jadi geram dengan perangai manusia ni,” tulisnya.

Terdahulu, seorang wanita mendedahkan dakwaan yang menyatakan anak kepada selebriti ini telah menjadi perosak kepada rumah tangga yang dibina.

Kakak mangsa turut sama mendedahkan beberapa bukti yang menyatakan hubungan antara bekas adik iparnya dan anak kepada Norman dan Abby.

Sumber: Abby Abadi

The post ‘Sila komen dulu, sedap bersangka, tambah cerita dan tunding jari’ – Abby Abadi respon isu anak jadi tular appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar