-->

Dua minggu hilang, akhirnya Lily ditemui keseorangn dalam keadaan lemah, tak ingat apa-apa

Remaja perempuan Dinna Ismalaily Suhaidi, atau Lily yang dilaporkan hilang sejak 25 Ogos lalu sudah dijumpai di perhentian bas Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor, jam 9.26 malam semalam.

Kakaknya, Dialiesa Irdina berkata adiknya itu dijumpai oleh orang awam sebelum menghubungi keluarganya.

“Alhamdulillah, adik saya sudah dijumpai. Dia ditinggalkan seorang diri dalam keadaan lemah. Apabila ditanya, dia tak ingat apa-apa.

“Dia juga masih memakai pakaian yang sama seperti kali terakhir dilihat sebelum dilaporkan hilang. Apabila mak sampai dan cuba bercakap dengannya, dia menjadi takut,” katanya.

Tambahnya, mereka sekeluarga bersyukur akhirnya Lily ditemui dalam keadaan selamat. Apabila ada yang memaklumkan tentang keberadaan Lily, mereka terus bergegas ke sana.

“Dapat saja panggilan dan gambar Lily, kami terus bergegas ke sana. Memang tak fikir apa dah. Syukur sangat. Buat masa sekarang keadaan mak saya sedikit lemah.

“Apa pun, terima kasih kepada semua pihak yang sudah membantu menghebahkan berita kehilangan adik saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa anda,” katanya.

Pemeriksaan lanjut

Menurutnya, Lily akan dibawa ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan lanjut sebelum dibawa pulang ke rumah.

Terdahulu, Lily yang juga anak kelima daripada sembilan beradik, didakwa meninggalkan rumah mereka di Kampung Ilham di Kahang Timur, Kluang sejak 1.22 pagi, 25 Ogos lalu.

Sejak itu, ibu dan kakaknya aktif berkongsi maklumat mengenai anaknya di media sosial.

Rakaman video memaparkan kesungguhan ibu bapa Lily mencari Lily tanpa kenal erti penat lelah, malah sanggup berulang-alik dari satu bandar ke bandar untuk mengesan remaja itu mengundang sebak netizen.

Sumber: Harian Metro

The post Dua minggu hilang, akhirnya Lily ditemui keseorangn dalam keadaan lemah, tak ingat apa-apa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar