-->

Budak 4 tahun maut, bapa parah akibat dilanggar kereta dipandu warga Singapura yang sedang berlumba di PD

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun maut, manakala bapanya parah dalam kemalangan yang berlaku pada petang Khamis, 7 September 2023 di Jalan Sua Betong, Port Dickson.

Sebelum kejadian, Muhammad Shazerein baru saja menjemput anaknya, Muhammad Shaheizy, pulang dari sekolah PASTI Al-Hasan. Tiba di lokasi kejadian iaitu simpang ke estet Sime Darby, motosikal jenis Honda EX5 yang dinaiki dua beranak itu dilanggar kereta dipercayai dipandu oleh lelaki warga Singapura.

Menurut saksi kejadian, pemandu terbabit sedang berlumba dengan dua kereta lain yang dipandu rakannya.

“Ayahnya jemput balik dari PASTI Desa PD. Nak masuk simpang ke estate Sime Darby, rumah kat dalam tu. Kereta berlumba, langgar arwah dan ayahnya.

“Ayahnya cerita tadi, dia tak boleh nak tolong anak dia sebab dia tak dapat bergerak. Anaknya melambung, dia hanya mampu tengok anaknya mengeletek di tengah jalan. Sedihnya,” kata saksi.

Sementara itu, Muhammad Shazerein pula mengalami kecederaan parah, patah di bahagian bahu, kaki dan tulang belakang. Mangsa telah dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Di media sosial, tular video (di Telegram The Reporter) pemandu terbabit dipukul orang awam yang berang dengan perbuatannya yang tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan kematian mangsa.

The post Budak 4 tahun maut, bapa parah akibat dilanggar kereta dipandu warga Singapura yang sedang berlumba di PD appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar