-->

Terbabas, penunggang motosikal & bayi berusia 45 hari maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh

Seorang penunggang motosikal dan bayi berusia 45 hari dilaporkan muat dalam kemalangan di Kilometer 144.40, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Pagoh, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan yang berlaku pada jam 3.10 pagi itu membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta jenis Mercedes Benz.

Siasatan mendapati, penunggang motosikal berusia 20 tahun terbabit dipercayai terbabas di tempat kejadian. Sebuah lagi motosikal yang berada di belakangnya gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa.

Dalam masa sama, Mercedes Benz yang dinaiki lima sekeluarga juga gagal mengelak lalu merempuh dua motosikal berkenaan, lalu terbabas ke tepi jalan.

Seorang penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi, manakala bayi lelaki (penumpang Mercedes Benz) meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.

Sumber gambar: PDRM
Sumber gambar: PDRM

Lima mangsa yang lain termasuk seorang penunggang motosikal dirawat di hospital yang sama.

Kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

The post Terbabas, penunggang motosikal & bayi berusia 45 hari maut dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Pagoh appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar