-->

Ibu hamil alami luka melecur 7% akibat disambar api ketika sedang memasak di dapur, berpunca dari kebocoran hos dapur gas

Seorang wanita mengalami kesan melecur tujuh peratus pada tangan dan kakinya gara-gara terkena sambaran api ketika memasak. Punca kejadian adalah disebabkan hos gas dapur didapati bocor.

Menurut kakak mangsa yang berkongsi mengenai kejadian itu di Facebook berkata, adiknya ketika itu sedang merebus ayam untuk diberikan kepada anak-anak kucing.

Mangsa sebelum itu menyedari api dapur gas mengecil, lalu cuba membesarkan api. Secara tiba-tiba api menyambar badannya dari bawah pintu kabinet dapur.

“Masa kejadian dia nak rebus ayam bagi anak-anak bulus dia makan, duk perasan api kecik, dia kuatkan. Sekali tengah nak kuatkan, api sambar dari bawah, pintu kabinet pun sampai terbuka.

“Benda nak jadi, gas pula dalam kabinet. Sebab tu pernah dengar bomba bagitahu bahaya gas dalam kabinet, sebab pengudaraan terhad,” katanya.

Tambahnya lagi, mangsa yang juga sedang sarat mengandung dikatakan mengalami trauma akibat daripada kejadian tersebut. Suami mangsa. turut mengalami luka melecur akibat kejadian tersebut.

“Ubat tahan sakit tak boleh makan, hanya boleh makan panadol sahaja. Bisa jangan cakap.

“Alhamdulillah Allah lindung lagi dia suami isteri. Suaminya tak teruk sangat macam dia,” katanya.

Sumber: Zafirah Zainoddin

The post Ibu hamil alami luka melecur 7% akibat disambar api ketika sedang memasak di dapur, berpunca dari kebocoran hos dapur gas appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar