-->

Remaja lelaki dikurung, diliwat beberapa kali oleh lelaki yang berjanji mahu membantunya mencari pekerjaan

Hasrat seorang remaja lelaki berusia 18 tahun ingin mencari pekerjaan tidak kesampaian apabila dia dikurung dan diliwat oleh lelaki yang dikenali melalui aplikasi media sosial.

Difahamkan, mangsa mengenali suspek pada Julai lalu di mana lelaki itu berjanji mahu membantunya mencari pekerjaan.

Selepas beberapa hari kemudian, mereka kemudian berjumpa pada pertengahan bulan Ogos. Mangsa menaiki kenderaan suspek tanpa sebarang rasa curiga.

Suspek membawa mangsa ke sebuah pasar raya untuk mendapatkan pekerjaan sebelum membawanya pulang dan bermalam di rumahnya.

Sampai di rumah, mangsa diarah melakukan kerja rumah dan tidak dibenarkan pulang. Mangsa dikurung selama 10 hari dan diliwat beberapa kali oleh suspek.

Suspek mengugut mangsa untuk tidak menceritakan perkara itu kepada sesiapa dan dilepaskan.

Trauma dengan kejadian itu, mangsa mendedahkan hal itu kepada keluarganya lalu dibawa ke balai polis untuk membuat laporan kelmarin.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, mengesahkan pihaknya menerima laporan mangsa dan sedang membuat siasatan lanjut mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

The post Remaja lelaki dikurung, diliwat beberapa kali oleh lelaki yang berjanji mahu membantunya mencari pekerjaan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar