-->

Rider Food Panda yang motosikalnya disita JPJ N9, akan didakwa di mahkamah pada Disember ini

Penunggang p-hailing, Muhammad Shahrul Shah, 26, yang kisahnya tular selepas motosikalnya disita oleh pihak berkuasa atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh, dilaporkan akan didakwa di mahkamah pada Disember ini.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan, Hanif Yusabra Yusuf berkata, lelaki berkenaan diperintah hadir ke Mahkamah Majistret Seremban pada 18 Disember 2023.

Dia akan didakwa di mahkamah atas kesalahan menunggang motosikal di atas jalan raya dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dan polisi insurans tidak berkuatkuasa,” katanya.

Menurut Hanif, Muhammad Shahrul boleh mendapatkan motosikalnya semula selepas fail siasatan dilengkapkan dan cukai jalan serta insurans kenderaannya diperbaharui.

Terdahulu, JPJ Negeri Sembilan bertindak menyita motosikal lelaki itu pada 12 September dalam satu Sekatan Jalan Raya (SJR) atas kesalahan cukai jalan tamat tempoh dan tiada insurans sejak Februari 2023.

JPJ dalam satu kenyataan di media sosial menjelaskan, tindakan itu juga bagi menjaga keselamatan pemilik motosikal itu sendiri dan pengguna jalan raya lain.

Muhammad Shahrul juga mengakui dirinya dengan rela hati menyerahkan kunci dan motosikal kepada JPJ Negeri Sembilan untuk disita. Malah menganggap apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran buat dirinya.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post Rider Food Panda yang motosikalnya disita JPJ N9, akan didakwa di mahkamah pada Disember ini appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar