-->

‘Polisi ini menindas mahasiwa kurang berkemampuan’ – Pelajar UM buat bantahan, polisi baru UM yang mengenakan bayaran terlebih dahulu sebelum daftar subjek

Seorang pelajar perempuan di sebuah universiti awam bertindak untuk membuat bantahan terhadap pihak universiti kerana telah meletakkan satu polisi yang dinamakan ‘Zero Balance Policy’. Dimana pelajar perlu membayar yuran terlebih dahulu sebelum mendaftar subjek.

Beliau menyampaikan tanda bantahan itu dengan berdiri di depan Universiti Malaya (UM) sambil memegang satu kotak yang ditulis ‘UM dah bunuh mahasiswa B40.’

“Selamatkan UM! Pendidikan untuk semua. Semua orang layak belajar di UM.

“Saya kira polisi ini menindas mahasiwa. Bayangkan semua harga keperluan naik, tiba-tiba pihak pentadbiran UM buat polisi ini. Saya kira tiada apa makluman awal atau notis yang diberitahu.

“Perkara ini sebenarnya memberi sedikit sebanyak kesan besar kepada mahasiswa yang tidak berkemampuan,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini kebiasaannya mana-mana universiti akan mengenakan bayaran selepas memasuki semester baru atau beberapa pinjaman atau biasiswa mula masuk.

Menerusi ruangan komen di media sosial, yuran yang dikenakan adalah yuran pada bulan Oktober 2023. Jika gagal membuat pembayaran, pelajar dikira tidak mendaftarkan subjek dan tidak dibenarkan belajar pada semester tersebut.

“Sehari selepas daftar subjek baru maklum nak wajibkan polisi ini. Terus ramai yang stuck tak boleh enrolled sebagai active student.

“Kalau inform awal, dah boleh berunding dengan agensi pinjaman dan biasiswa. Boleh dipertimbangkan lagi,” kata Sayf Al-Siddiqi.

Polisi yang dikenakan ini kata netizen, akan membebankan semua pelajar terutamanya pelajar dari keluarga berpendapatan rendah. Secara tidak langsung juga akan meninggalkan kesan psikologi kepada pelajar pada masa akan datang.

Sumber: Nazirah Abdullah, localrkyt

The post ‘Polisi ini menindas mahasiwa kurang berkemampuan’ – Pelajar UM buat bantahan, polisi baru UM yang mengenakan bayaran terlebih dahulu sebelum daftar subjek appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar