-->

Peniaga letak syarat pelanggan perlu beli barang vendor sebelum beli makanannya, UAI jelaskan urusan jual beli itu tidak sah

Ketika ini kuih-muih dan aneka manisan yang lain mula menambat perhatian. Apabila mula sahaja tular, ramai pembeli akan menyerbu premis makanan tersebut.

Ada peniaga yang meletakkan syarat kepada pembeli supaya membeli makanan vendor terlebih dahulu sebelum membeli makanan yang lain. Sistem yang menyokong vendor ini telah diamalkan beberapa usahawan atau pempengaruh.

Melihat situasi ini seolah tidak berpihak kepada pembeli, ada individu yang bertanyakan soalan ini kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) untuk mengupas isu ini.

@mayakar1n

Replying to @amaleena ustaz azhar idrus>support vendor. sy just share apa y uai ckp ja tau. #ustazazharidrus #tanyaustadz

♬ original sound – beautyqeyla – beautyqeyla

Menurut Ustaz Azhar Idrus, sistem ini dikira tidak sah.

“Barang yang kita nak beli itu dianggap sah dan barang yang kita dipaksa beli tu tidak sah kerana jual beli perlu ada keredaan dalam hati penjual dan pembeli.

“Bermakna, bila jual beli itu tidak sah, kita pegang barang orang secara batil, penjual pegang duit orang secara yang tidak betul. Allah tak suka cara macam tu.

“Dalam Mazhab Syafie ada ijab kabul asalnya tidak wajib, isytihar menunjukkan halal itu yang tersembunyi dalam hati diterjemahkan dalam lisan, ‘Saya berjual lah, saya beli lah’ menunjukkan reda. Jangan paksa orang beli,” katanya.

Mendengar penjelasan yang diberikan oleh Ustaz Azhar Idrus itu, netizen mula mengaitkan dengan sistem vendor yang diperkenalkan oleh usahawan, Kieda Crepe.

Bagaimanapun, Kieda memetik pula penjelasan yang diberikan oleh pendakwah, Ustaz Syeikh Muhd Zainul Asri, yang mengatakan tindakan Kieda itu sangat prihatin dengan kesusahan vendor dan membantu mereka (vendor) melariskan jualan.

“Alhamdulilah, Kieda tetap akan teruskan apa yang Kieda dah buat ni. Niat Kieda hanya Allah SWT yang tahu,” tulisnya.

Sumber: beautyqeyla, KiedAmy

The post Peniaga letak syarat pelanggan perlu beli barang vendor sebelum beli makanannya, UAI jelaskan urusan jual beli itu tidak sah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar