-->

‘Gelekan saya takdelah teruk sangat’ – Baby Shima nafi bergelek secara keterlaluan di Konsert Hausboom Sepang

Video penyanyi dangdut, Baby Shima, bergelek sakan di Konsert Hausboom Music yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, mengundang pelbagai reaksi negatif di media sosial.

Gelekan yang dianggap keterlaluan itu juga menimbulkan pertanyaan ramai mengapa tiada tindakan yang diambil, termasuk menghentikan konsert itu serta-merta seperti yang pernah dibuat terhadap artis luar negara baru-baru ini yang berkelakuan tidak senonoh.

“Banned artis international datang Malaysia, tapi sedangkan artis kita sendiri macam ni rupa,” tulis Kasyeh dalam ciapannya.

Sedar dengan reaksi negatif di media sosial, Baby Shima atau nama sebenar Nor Ashima Ramli, tampil menjawab kritikan netizen.

Menurut Shima, gelekan yang dilakukannya itu hanyalah gelekan biasa dan tidak keterlaluan, malah bergelek dalam genre muzik dangdut adalah perkara biasa.

“Sebenarnya saya tak tahu video gelekan menjadi viral dan dianggap keterlaluan. Saya rasa ia hanyalah gelekan biasa untuk persembahan dangdut.

“Apa yang tular di media sosial itu hanyalah potong video persembahan yang dirakam dari pelbagai sudut. Video yang viral itu diambil dari arah belakang menjadikan ia kelihatan keterlaluan.

“Sekiranya melihat persembahan secara live, mereka dapat lihat gelekan saya tidaklah teruk sangat,” katanya.

Tambah Shima, sekiranya persembahannya dianggap keterlaluan, sudah tentu dia telah diboikot. Namun, penerimaan dari penonton semalam menunjukkan mereka terhibur dengan persembahannya.

Walaubagaimanapun, Shima menjelaskan dia bukan mahu mencabar mana-mana pihak. Sebaliknya dia hanya sekadar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh penganjur.

Sumber: Twitter, Harian Metro, Baby Shima

The post ‘Gelekan saya takdelah teruk sangat’ – Baby Shima nafi bergelek secara keterlaluan di Konsert Hausboom Sepang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar