-->

Bakal pengantin guna suar untuk rakam gambar perkahwinan, jadi punca 5 hektar padang rumput di Bukit Teletubbies terbakar

Gara-gara menyalakan suar untuk merakam gambar prewedding yang kononnya kreatif di Bukit Teletubbies, Gunung Bromo, Indonesia, menyebabkan sebahagian besar kawasan berkenaan mengalami kebakaran besar.

Dalam kejadian yang berlaku pada petang Jumaat, 8 September lalu, pasangan bakal pengantin (Hendra Purnama dan Pratiwi Mandala) bersama empat lagi kru termasuk pengurus perancangan perkahwinan (Andrie Wibowo) ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Probolinggo, Wisnu Wardana berkata, suspek berusia 41 tahun yang juga pengurus terbabit telah ditahan, manakala suspek yang lain dilepas dan dibebaskan setelah diambil keterangan.

Hendra dan Pratiwi

“Memang benar kebakaran di Bukit Teletubbies kira-kira 5 hektar berpunca daripada percikan api dari suar yang dinyalakan, menyebabkan rumput kering di padang itu terbakar.

“Suspek juga tidak mempunyai dokumen kebenaran untuk memasukan kawasan simpanan itu,” katanya.

Suspek bakal dikenakan tindakan undang-undang berkaitan perhutanan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda maksimum RP1.5 juta (RM457).

Video yang tular di media sosial juga menunjukkan enam suspek terbabit langsung tidak melakukan apa-apa dan hanya membiarkan api semakin marak.

Kebakaran itu juga menyebabkan banyak pihak yang mengalami kerugian.

Sumber: Detik, Liputan 6, Sosok

The post Bakal pengantin guna suar untuk rakam gambar perkahwinan, jadi punca 5 hektar padang rumput di Bukit Teletubbies terbakar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar