-->

‘Nasib baik mood okay, selamat dia dari kena report’ – Pelanggan kesal Rider Food Panda tak ikut arahan, nyaris dilapor kepada majikan

Jumaat lalu, seorang wanita memuat naik perkongsian mengenai penghantar makanan Food Panda yang didakwa tidak mengikut arahannya.

Berdasarkan hantarannya di Facebook, wanita yang hanya dikenali sebagai ‘AR’ itu terdahulu meminta penghantar makanan masuk dan meletakkan bungkusan makanan bersebelah dengan kolam.

“Okay, boleh naik atas letak kat mana-mana sebelah kolam ya,” katanya.

Selepas 10 minit kemudian, AR keluar untuk mendapatkan bungkusan itu, dia mendapati tiada sebarang bungkusan diletakkan di sebelah kolam. Sebaliknya, bungkusan makanan diletakkan berdekatan bunga hiasan di laluan keluar masuk rumah tersebut.

“Nasib baik semalam mood saya agak okay. Selamatlah dia dari kena report,” katanya.

Tak ada common sense? – Netizen

Kenyataan AR mengundang pelbagai reaksi netizen yang berpendapat tiada keperluan untuk mengungkap kata-kata seperti itu.

“Jauh nau dia letak kan? Dari tepi tu ke kolam, nak kena naik kereta lagi tu nak ambil. Cik yang post ini OKU ke? Maaf tanya,” kata Ratna.

“Cuba mudahkan urusan orang lain. Itu pun nak kena ajar ke? Dia dah letak elok pun situ. Common sense tak ada ke?” kata Nasirah.

Ada segelintir netizen bersangka baik dan tidak menolak kemungkinan penghantar makanan meletakkan bungkusan di situ bagi mengelakkan ia terjatuh ke dalam kolam.

“Runner niat baik, takut letak sebelah kolam, kucing langgar termasuk dalam kolam nanti,” katanya.

Rider lain elok je ikut arahan?

Bagaimanapun, komen itu disanggah oleh AR bahawa, penghantar makanan yang sebelum ini menuruti arahannya.

“Adehh! Baiklah nak husnuzon juga. Tapi kalau kat tempat dia letak tu macam mana pula? Kucing langgar pun boleh tumpah. Runners sebelum ini saya cakap sebelah kolam. Paling buruk pun dia letak betul-betul sebelah kolam atau atas lantai,” katanya.

“Cubalah kita mudahkan urusan orang lain. Rideer dah hantar dengan selamat bungkusan makanan sampai ke rumah kita. Cukuplah kan? Keluar rumah, berjalan kaki sikit saja untuk pergi ambil bungkusan makanan. Tak jauh dah pun nak pergi ambil tu.

“Tetapi tukang post tetap tak puas hati. Cuba kalau akak letakkan diri akak di tempat rider itu, kemudian customer viralkan macam post ini. Akak rasa macam mana eh?” kata Yatt.

The post ‘Nasib baik mood okay, selamat dia dari kena report’ – Pelanggan kesal Rider Food Panda tak ikut arahan, nyaris dilapor kepada majikan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar