-->

Mahathir gelar parti politik yang diketuai oleh bukan Melayu sebagai ‘parti pendatang’

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan parti politik yang dipimpin oleh bukan Melayu sebagai ‘parti pendatang’.

Beliau berkata, keengganan orang bukan Melayu untuk mengasimilasikan budaya Melayu termasuk mewujudkan parti politik sendiri menyumbang kepada isu perkauman di negara ini.

“Kita tidak nampak ini di negara seperti Thailand, Filipina dan Indonesia yang wujud parti politik untuk ‘pendatang’.

“Tetapi di Malaysia, ‘pendatang’ ini tinggal di sini dan menerima kerakyatan negara ini, tetapi masih menjauhkan diri.

“Dalam politik pun mereka menubuhkan parti sendiri. Sebab itu masih ada isu perkauman di negara ini. Bukan kita tidak suka mereka, tetapi mereka yang tidak suka kita,” katanya dalam ceramah pada ceramah di Bakri, Ahad, semalam.

“Pakatan Harapan dipimpin oleh seseorang yang memberitahu kita bahawa negara ini bukan sahaja milik orang Melayu, malah ia juga milik orang lain.

“Dia mahu menyerahkan negara ini kepada orang luar. Ini saya tidak boleh terima kerana kami yang meneroka dan membuka semenanjung,” katanya.

Tambahnya, beliau akan terus bercakap mengenai 3R kerana ia adalah haknya untuk bercakap mengenai perkara tersebut.

Sumber: The Star

The post Mahathir gelar parti politik yang diketuai oleh bukan Melayu sebagai ‘parti pendatang’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar