-->

Tak Perlu Bazir Duit Jumpa Pakar Tarik Muka, Bahan Diperakui Klinikal Ini Mampu Beri Keremajaan Dalam 7 Hari!

Siapa je yang suka apabila ditegur tua sebelum usia betul tak? Bukan apa, kadang-kadang kita dah cuba sehabis baik untuk jaga kulit wajah daripada garis penuaan, namun atas faktor-faktor seperti posisi tidur dan pemilihan produk penjagaan kulit memberi kesan yang tidak diinginkan.

Namun, percaya tak sebenarnya korang boleh rawat hampir kesemua garis penuaan hanya dalam masa 7 hari saja? Paling penting, ianya diperakui secara klinikal dan disyorkan oleh pakar tau!

Kulit Lebih Anjal, Gebu & Halus, Bahan Dalam Rangkaian Nutox Youth Restoring Diperakui Klinikal!

Selain daripada menjaga pengambilan makanan, tidur yang cukup, kekal hidrasi dan bersenam, salah satu cara untuk rawat garis penuaan adalah dengan menggunakan krim yang bersesuaian. Lah, dah cuba tapi sama je!

Jangan risau, dengan rangkaian Nutox Youth Restoring, ia dijamin mampu merawat garis penuaan dan mengembalikan keanjalan pada kulit hanya dalam 7 hari tau! Psst, siap diperakui secara klinikal dan ramai testimoni bagi maklum balas positif!

Kalau korang nak tahu, rangkaian Nutox Youth Restoring ini merangkumi produk seperti berikut: 

Nutox Youth Restoring Cleansing Foam

Nutox Youth Restoring Astringent Toner

Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate 

Nutox Youth Restoring Moisture Emulsion SPF25 PA++ 

Nutox Youth Restoring Anti Ageing Day Cream 

Nutox Youth Restoring Anti Ageing Night Repair 

Nutox Special Treatment UV Protect Lotion SPF50 PA++ 

Nutox Special Treatment Eye Refiner

Nak tahu apa yang best dengan rangkaian Nutox Youth Restoring? Ia bukan saja dapat mengurangkan 48% kedutan pada wajah dalam masa 7 hari, malah ia memberikan 5 kali ganda kesan aktif anti-penuaan yang telah diuji secara dermatologi. Wah, seriuslah?

Paling penting, ia sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan mengandungi 0% paraben,  pewarna dan minyak mineral. Jadi, korang tak perlu risau tentang keselamatan pada kulit korang!

Untuk dapatkan kesan yang efektif, semestinya korang perlu membersihkan kulit terlebih dahulu. Dengan menggunakan Nutox Youth Restoring Cleansing Foam, ia dapat mencuci kekotoran yang menyumbat liang pori, sisa kulit kusam dan minyak berlebihan. Wow!

Pencuci muka ini juga mampu meningkatkan kecergasan kulit dan menghalang tanda-tanda penuaan lain yang boleh dilihat dengan bahan kolagen daripada Sarang Burung. Barulah kulit kelihatan lebih muda, licin dan segar!

Usai mencuci muka dengan bersih, korang wajib pakai Nutox Youth Restoring Astringent Toner sebab ia dapat membantu mengekalkan keseimbangan pH kulit, menghaluskan tekstur kulit serta-merta dan mengetatkan pori-pori tau! Bagusnya!

Haa, langkah seterusnya ni paling penting sebab dengan menggunakan Nutox Youth Restoring Advanced Serum Concentrate, ia dapat mengembalikan keanjalan kulit dengan kolagen yang diekstrak daripada sarang burung. 

Bukan itu saja tau, dengan tekstur ringan yang sesuai untuk kulit orang Asia, ia dirumus dengan Cendawan Salji (Tremella Mushroom) yang memberikan 400 kali ganda kuasa penghidratan dan 5 kali ganda lebih kapasiti penghidratan daripada Asid Hyaluronic. Biar betul?!

Lagi best, ia juga terbukti secara klinikal mampu mengurangkan 48% kedutan dalam masa 7 hari serta memberikan 5 kali ganda aktif anti-penuaan untuk kulit yang lebih anjal, gebu dan halus. Perghh, patutlah produk ini laris sampai jadi jualan nombor 1!

Tak ada guna kalau kulit makin anjal tapi tak terjaga! Jadi, lindungi kebaikan kulit wajah dengan Nutox Youth Restoring Moisture Emulsion SPF25 PA++ untuk perlindungan tambahan daripada kerosakan matahari, penuaan, tindak balas sensitif yang disebabkan oleh sinaran UV.

Selain itu, dengan Nutox Special Treatment UV Protect Lotion SPF50 PA++ kulit korang auto terlindung sebab ia dapat beri perlindungan sekata daripada UVA, UVB, cahaya biru yang berbahaya serta mencerahkan bintik-bintik gelap dan membetulkan tona kulit tidak sekata tau!

Untuk beri kelembapan berpanjangan agar kulit kekal anjal, korang memang wajib pakai Nutox Youth Restoring Anti Ageing Day Cream dan Nutox Youth Restoring Anti Ageing Night Repair

Apa yang menarik dengan krim siang dan malam ini adalah ia bukan saja sesuai untuk kulit kering dan sensitif, malah ia dapat melicinkan garis penuaan menerusi kolagen sarang burung dan tremella mushroom pada masa yang sama memberikan kelembapan untuk memulihkan kulit kering!

Krim ini juga mengandungi Ekstrak Immortelle yang bantu menenangkan kulit sensitif, mengangkat dan menegangkan kulit, memberi kesan menenangkan serta-merta, mengekalkan penghidratan kulit secara optimum, anti-radang, dan kerengsaan. Wah, lengkap semua dalam satu!

Untuk korang yang risau dengan garis penuaan di sekitar mata apabila korang senyum, korang wajib pakai Nutox Special Treatment Eye Refiner sebab ia dapat menyuburkan kawasan kulit yang halus serta memadam garis halus dan kedutan dengan rumusan Sarang Burung dan Ekstrak Immortelle!

Fuhh, dengan semua set lengkap rangkaian Nutox Youth Restoring ni, confirm kulit korang kekal anjal walaupun dah meningkat usia! Macam ni barulah confident nak jumpa orang ramai!

Kembali Awet Muda Dengan Nutox Youth Restoring!

No wonder lah rangkaian Nutox ni menjadi kegilaan ramai, kalau korang pergi ke laman web rasmi Nutox, ramai pengguna beri maklum balas yang positif tau! 

Jadi, tunggu apa lagi? Tampil yakin dengan rangkaian Nutox Youth Restoring! Barulah nampak macam anak dara!

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Nutox, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Kalau anda berminat untuk dapatkan rangkaian Nutox Renewing Treatment, anda boleh dapatkan di Watsons atau Guardian berdekatan!

Atau, anda juga boleh dapatkan di platform e-Dagang seperti Shopee dan Lazada.

The post Tak Perlu Bazir Duit Jumpa Pakar Tarik Muka, Bahan Diperakui Klinikal Ini Mampu Beri Keremajaan Dalam 7 Hari! appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar