-->

‘Hutang aku baru RM2K tu pun nak kecoh, aku santau ko nanti’ – Wanita derita busung perut disantau rakan sendiri kerana kerap desak bayar hutang

Gara-gara menuntut hutang RM2,000, seorang wanita terpaksa menanggung derita apabila dia disantau oleh rakan sendiri.

Perkara itu didedahkan oleh TikTok Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim bertempat di Negeri Sembilan mendakwa, wanita berkenaan menderita busung perut, sakit di seluruh badan dan kepala terasa seperti nak meletup.

Pengamal Perubatan Islam, Ustaz Mohamad Hasnan Rili berkata, pesakit ada menceritakan bahawa dia terdahulu menuntut hutang daripada rakannya yang sebelum ini pernah berjanji akan membayar semula hutang tersebut selepas tiga bulan.

Malangnya, janji tinggal janji dan apabila dia cuba menuntut hutang itu, dia telah dicaci oleh rakannya sendiri.

Beberapa minggu kemudian, mangsa mula terasa berlaku perubahan pada dirinya di mana seluruh badannya terasa berbisa, kepala nak meletup dan busung perut yang berlaku setiap hari selepas waktu Asar hinggalah ke Subuh.

“Kalau kembung, dia berasa sesak nafas. Awalnya dia mneyangka dirinya mengandung kerana perutnya keras dan besar. Tetapi ia hanya berlaku pada waktu tertentu sahaja dan disebabkan itu dia cuba mendapatkan rawatan,” katanya.

Kronologi kejadian

Faizah: “Aku tengah sesak nak pakai duit ni Nur. Boleh tak pulangkan balik hutang kau 3 bulan lepas? Lagipun kau janji nak bayar bila dah gaji. Ini dah bulan ketiga Nur.”

Mesej di aplikasi WhatsApp menunjukkan tanda bluetick, tetapi tidak dibalas. Selepas hari kelima, barulah Nur tiba-tiba membalas mesej itu dengan kasar.

Nur: “Hutang aku baru RM2,000, bukan banyak pun. Itu pun kau nak kecoh. Aku pun tengah sesak ni. Nantilah aku bagi balik. Kedekutlah kau ni”.

Faizah: “Aku tengok kau dah naik kereta Hond* Ketam baru, ada pulak duit kau. Kenapa hutang aku yang sikit, kau tak boleh nak bayar? Aku nak pakai duit sangat ni, tolonglah. Pulangkan balik. Sesak sangat ni”.

Nur: “Aku cakap nanti, nantilah aku bayar balik! Kau ni bodoh ke tak reti bahasa? Kau ni macam sal lah. Aku santau kau nanti, baru kau tahu. Serabutlah kau minta-minta hutang macam Ah Long. Pergi mampslah kau”.

Faizah: “Sampai hati kau nak santau aku sebab minta hutang. Masa nak hutang, kau bukan main baik lagi. Siap kau menangis-nangis lagi. Sekarang kau nak buat benda tak elok dekat aku. Apa ni Nur?”

Nur: “Owh kau cabar aku ye? Siap kau lepas ni. Aku santau betul sampai kau mamp*s. Kau nak sangat kan? Kau tunggu jer nanti. Aku janji akan buat betul-betul sampai kau menderita”.

Bukan kes pertama

Ustaz Mohamad Hasnan mengakui, itu bukanlah kes pertama yang ditemuinya selama tujuh tahun melakukan perkhidmatan itu. Dianggarkan ratusan pesakit yang datang berjumpa dengannya mengadu mengalami masalah yang sama.

“Memang ada banyak kes macam pesakit itu. Mereka menuntut hutang, tetapi mereka pula disakiti. Kebanyakannya sehingga sekarang mereka masih membuat rawatan susulan.

“Masalah terkena santau atau buatan orang ini tak boleh dirawat hanya sekali. Ia agak mustahil melainkan dengan izin Allah SWT,” ujarnya.

Bagi mengelakkan kejadian seumpama ini, orang ramai diingatkan untuk berhati-hati dan tidak meminjamkan wang kepada golongan yang mudah memungkiri janji. Biarlah dianggap kedekut, asalkan tidak menanggung derita di kemudian hari.

Sumber: TikTok Pusat Rawatan Islam Ar-Syifa Al-Mustakim, Harian Metro

The post ‘Hutang aku baru RM2K tu pun nak kecoh, aku santau ko nanti’ – Wanita derita busung perut disantau rakan sendiri kerana kerap desak bayar hutang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar